in ,

Perempuan Kasar Atau Gedik? Mana Satu Pilihan Hati Lelaki

Sumber gambar: thoughtcatalog.com

Kebanyakan girls mempunyai perangai lebih kurang sahaja. Apa yang membezakan mereka cuma ada yang gedik atau kasar, betul tak?  Ada yang kata, perempuan yang ‘gedik’ lebih disukai ramai sebab ramai antara mereka nampak lebih perempuan jika nak dibandingkan dengan perempuan yang agak kasar. Eh betul ke? Bagi kami sebagai perempuan bashe-bashe, tak kisahlah perangai girls bagaimana, asalkan tidak menyusahkan orang pun cukup. LOL ! Tapi tak apa! Kita usha pendapat random boys squad. Mereka lebih suka perempuan gedik ke kasar sebenarnya?

Saya suka perempuan yang kasar sedikit perangainya sebab bagi saya perempuan gedik ini perangai mereka sangat merepek dan saya tak boleh masuk dengan act mereka dan gedik yang dibuat-buat. Perempuan yang kasar pula, mungkin nampak saja garang tapi mereka sebenarnya adalah seorang yang sangat baik hati, suka bantu orang dan manja dalam diam! -Syed Muhammad Naim-

Sumber gambar: Syed Muhammad Naim

Saya sokong perempuan kasar! Sebab berkawan dengan mereka sangat menyeronokkan! Selain itu senang nak bergurau sebab mereka adalah orang tak kuat merajuk! Nak ajak lepak dan belajar sama-sama pun memang best dengan mereka sebab tak tangkap cintan! Haha! -Muhammad Farhan-

Sumber gambar: Muhammad Farhan

Suka perempuan yang kasar sebab mereka adalah perempuan yang pandai jaga dan protect diri mereka sendiri. Selain itu, mereka pun ramai yang sudah pandai berdikari tetapi bila mereka dengan kesayangan mereka still ada manja dan lembut mereka. Yang garang-garang ini juga selalunya cantik-cantik dan acah jual mahal waktu mula-mula. LOL! -Muhammad Irfan Hakim-

Sumber gambar: Irfan Hakim

Kalau saya adalah seorang yang tidak kisah sama ada perempuan iu gedik atau kasar sebab saya lebih memilih keduanya. Antara sebab yang saya boleh cakap adalah gedik itu adalah fitrah semulajadi perempuan jadi it’s okay jika mereka teruskan jadi gedik dan perangai kasar itu pula adalah untuk mereka neutral semula keadaan supaya mereka tidak jadi terlalu gedik sehingga buat orang meluat dan itu pun just nice. -Ilham Fikri –

Sumber gambar: Ilham Fikri

Hmm… perempuan gedik kot! Sebab kebanyakan perempuan gedik ini selalunya manja dan lawa! Mereka pun selalunya tahu apa yang mereka buat dan lebih teratur. -Faruq Faisal-

Sumber gambar: Faruq Faisal (kiri)

See? Masing-masing ada pilihan mereka sendiri. Jadi, korang girls squad gedik ke kasar? Ke boleh jadi dua-dua? Tak kiralah korang yang mana satu pun, just be yourself! Tak perlu hairan pun dengan orang nak kata apa okay. Kalau orang boleh terima diri korang seadanya itu lebih baik! 

What do you think?

8 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bad Hair Day? Ini Penyelesaian Untuk Korang

Pelajar SPM Sambut Last Paper, Konvoi Berdiri Atas Kereta