in ,

Girls Berdengkur Kalah Monster!

Sumber Gambar: http://www.newslocker.com

Hello #Lunagirls! Selamat minggu kedua persekolahan! Amacam? Still standing? Hihi! Ada yang tidur malam berdengkur sebab penat sangat? #Lunagirls tahu tak sebenarnya berdengkur adalah perkara normal, tetapi berdengkur hampir setiap malam sampai gegar katil sangat perlu di atasi! Jom baca tips LUNARIA ni untuk tidur korang lebih lena tanpa gangguan dengkur..

MANDI AIR PANAS

via GIPHY

Masalah berdengkur ni berpunca daripada saluran pernafasan pada bahagian hidung atau tekak! Jadi apa yang #Lunagirls perlu lakukan adalah mandi air panas sebelum tidur! Ia akan membantu untuk mengeluarkan sebarang bendalir yang mengganggu saluran tersebut.. Sambil mandi nanti korang kena kumur dan bilas hidung untuk keluarkan apa yang masih tersisa di dalam hidung okay!

BANYAKKAN MINUM DI SIANG HARI

via GIPHY

Semua orang tahu khasiat air putih yang memang bagus untuk badan! Jadi #Lunagirls kenalah perbanyakkan minum air di siang hari untuk mengekalkan tahap hidrasi badan.. Sekiranya korang kekurangkan air, tekak korang akan menjadi kering.. Sebab itu kadang bila tengah tidur mudah rasa haus!

PELEKAT HIDUNG

Sumber Gambar: https://www.target.com

Selain itu, kalau ianya masih berlarutan,#Lunagirls boleh cuba gunakan alat bantuan penafasan! Supaya ia dapat bantu pernafasan korang jadi lebih lancar ketika tidur dan membuka bukaan saluran hidung.. Korang boleh beli pelekat jalur hidung yang banyak di jual dekat farmasi sekarang ni!

BANTAL YANG TINGGI

via GIPHY

Cara lain untuk hilangkan dengkur adalah dengan meninggikan sedikit bantal korang! Ia membantu pernafasan  jadi lebih lancar apabila dagu dan hidung sedikit terangkat.. Kalau boleh hanya tinggi 4 ke 5 inch saja.. jadi tidur korang pun akan lebih selesa!

LATIHAN MULUT

via GIPHY

Sekiranya korang nak mengurangkan bunyi bising ketika tidur, apa kata cuba lakukan latihan mulut seperti menyebut vokal ‘A’ secara kuat selama beberapa minit setiap hari atau tekan hujung lidah ke lelangit dan gerakkannya ke belakang! Ingat untuk ulang tips ini selama 3 minit setiap hari!

Selamat mencuba tips yang LUNARIA kongsikan ni! Semoga #Lunagirls dapar tidur yang lebih lena dan sihat! Dan yang penting, orang sekeliling pun dapat tidur dengan aman.. Hihi! Kalau kawan korang ada yang berdengkur, jangan gelakkan dia tau. Korang share lah artikel ni dengan mereka okay!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Eee! Kenapa ‘Bunga’ Dia Berbau?!

Mimpi Mainan Tidur? Eh, Tak Lah!