in ,

Perbezaan Smoothing dan Rebonding!

Sumber gambar: https://www.allthingshair.com/id-id/perawatan-rambut/perawatan-rambut-khusus/perbedaan-smoothing-dan-rebonding/

Rambut ni selalu buat hal, kadang kadang tu bila bangun pagi, lagi la mencanak-canak rambut tu, sebelah ke timur, sebelah lagi ke barat, tak pernah la nak duduk diam. Ish! Nak buat rebonding la.. Eh, smoothing pun macam okay! Tapi… apa perbezaan dua benda ni? Haa girls nak tau jom check  out sekarang..

SMOOTHING

Sumber gambar: https://www.botoxforhair.net/products/smoothing-systems/

Kalau #Lunagirls nak tau, smoothing ni teknik meluruskan rambut dengan menggunakan ubat yang mengandungi keratin. Ubat tu digunakan pada rambut sebelum diluruskan dengan hair straightener. Lagi satu, smoothing ni tak permanent tau, rambut korang akan jadi macam biasa dalam masa tiga tau empat bulan. So  girls yang nak kan sesuatu yang tak kekal boleh try smoothing ni.

REBONDING

Sumber gambar: http://thedivassalon.com/?product=smoothening-treatment-m

Fungsi rebonding ni sama juga macam smoothing, which is ia untuk meluruskan rambut. Tapi tekniknya lain sikit, ubat yang digunakan pun dibiar lama supaya ia meresap ke lapisan rambut. Rebonding ni pun lebih tahan lama dari smoothing, maybe boleh sampai ke satu tahun. Korang perlu untuk retouch up minimum 6 bulan sekali supaya ia dapat disesuaikan dengan rambut yang baru tumbuh.

MANA LAGI BAGUS?

Sumber gambar: www.matrixprofessional.co.id

Sebenarnya dua-dua okay. Tapi ia bergantung pada keperluan korang. Kalau korang nak rambut tu tahan lama, buat rebonding, tapi kalau nak yang tempoh yang singkat buat smoothing. Bukan tu je korang juga kena tengok jenis rambut korang tu macam mana. Incase kalau rambut korang tu keriting, rebonding lebih sesuai. Rawatan smoothing pula elok untuk rambut lurus yang frizzy.

Kalau girls yang nak buat rebonding ada pantang larangnya jugak. Korang kena elakkan untuk guna hairdryer dan alat styling yang panas. Nak color rambut pun tak boleh, sebab ia boleh merosakkan rambut. Silap hari bulan rambut tu kembali ke bentuk asal.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Perkara Yang Kita Buat Bila In Love!

Jenis Kulit Muka Korang Kena Tahu!