in ,

Perbezaan NCT U, NCT Dream, NCT 127, NCT 2018 dan WayV

Sumber gambar: kprofiles.com

Dari dulu hingga kini, mesti ramai peminat K-Pop yang tahu dengan cara SM Entertainment yang selalu berikan konsep kumpulan dan sub unit baru yang banyak dari satu kumpulan yang besar kan? Dan bercakap tentang hal itu, masih ada lagi di antara peminat K-Pop yang agak bingung dan tertanya dengan kumpulan NCT (Neo Culture Technology) yang merupakan kumpulan termuda berada di bawah naungan SM Entertainment dengan jumlah anggota seramai 21 orang. Woah! Ramainya kan! 

Sumber gambar: quora

Untuk pengetahuan korang, dalam NCT ini terbahagi kepada lima (5) tau! Iaitu NCT U, NCT Dream, NCT 127, NCT 2018 dan WayV. Jadi sebenarnya apa beza semua jenis kumpulan ini kan? Mesti ramai yang nak tahu kan? Okay kami akan terangkan pada korang supaya korang lebih kenal dengan mereka, walaupun mereka dah empat tahun dalam industri muzik K-Pop ini.

Sumber gambar: koreaboo

NCT SECARA GENERAL…

Kalau korang nak tahu, secara umumnya NCT ini adalah K-Pop idol yang global yang mana diperkenalkan oleh Lee Soo Man dengan jumlah anggota yang limitless. Jadi, dalam NCT ini ada ramai yang berasal dari Korea Selatan dan selain itu ada yang berasal dari Kanada, Amerika, Jepun, Hong Kong, China dan Thailand. Jumlah anggota akan di tambah dari masa ke semasa dan dalam setiap sub-unit itu bukan hanya anggota dari Korea sahaja yang terlibat.

Sumber gambar: the star

PERBEZAAN NCT U, NCT DREAM, NCT 127, NCT 2018, WAYV

Unit pertama yang debut adalah NCT U iaitu pada tahun 2016 dengan single The 7th Sense dan Without You yang mana U itu adalah membawa makna united atau bersatu. Anggota yang terdiri dalam NCT U adalah tidak tetap dan ia tergantung kepada konsep sesuatu lagu juga. Seterusnya, adalah NCT 127 yang sesuai dengan konsep Seoul sebab makna 127 itu adalah titik koordinat kepada kota Seoul sendiri. Biasanya, konsep NCT 127 adalah lebih strong, charming and fierce, menjadikan NCT 127 setakat ini mempunyai anggota tetap seramai 9 orang. 

Sumber gambar: pinterest

Selain itu juga, macam NCT Dream pula… anggota mereka akan terdiri daripada mereka yang termuda yang umur di bawah 20 tahun. Jadi setakat ini, bila semua anggota telah lepas usia 20 tahun, kami pun tak pasti apa akan jadi dengan NCT Dream, sama ada mereka akan masuk kepada sub-unit lain atau kekal dengan anggota yang 7 orang seperti sekarang ini. Lain pula dengan NCT 2018, yang mana ia melibatkan 18 orang anggota NCT tanpa Hendery, Yangyang dan Xiaojun. Akhir sekali adalah sub-unit Cina iaitu Wayv dengan konsep lagu yang khas dalam bahasa Cina.

Sumber gambar: pinterest

Jadi sebenarnya senang sahaja nak faham konsep NCT ini, cuma itu lah apa yang bezakannya adalah berapa jumlah anggota dalam sesuatu sub-unit itu sahaja. Konsep lagu NCT pun semakin lama tergantung juga sebab kalau kita tengok NCT punya konsep ini ada yang seksi, ada yang comel, ada juga yang macho. Jadi, so far korang dah faham ke beza NCT U, NCT Dream, NCT 127, NCT 2018 dan WayV? Kalau tak faham lagi, tak apa lah, korang layan saja muzik mereka okay! Haha! 

What do you think?

74 points
Upvote Downvote

Comments

Komen
  1. NCT tu nama group diorg.. NCT Dream skarang dah tetap.. so mana trainee yg baru tu akan jadi group lain.. NCT 2018 ni subunit utk projek 2018 yg lagu black on black… 😊

  2. NCT tu nama group diorg.. NCT Dream skarang dah tetap.. so mana trainee yg baru tu akan jadi group lain.. NCT 2018 ni subunit utk projek 2018 yg lagu black on black… 😊

    • hahaha. tak sure lah awak sebab kalau fikir balik, kalau 21 orang tu atas pentas. uish tak roboh ke pentas nanti? haha gurau je. saya pun tak faham sangat konsep SM ini, kenapa dia buat banyak-banyak sub-unit. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Stail Ala K-Idol Untuk Kpopers Sejati

Senarai Rappers Cantik Di Malaysia Korang Perlu Tahu