in ,

Perbezaan Konsert, Fan Meeting, Showcase dan Fan Sign #kpop101

Sumber gambar: nme.com/news/music

Sekarang ini, memang ramai yang suka dengar muzik K-Pop dan peminatnya memang datang dari pelbagai benua walaupun korang tak faham pun bahasa Korea. Haha! Selain itu, apa yang best kalau korang minat muzik K-Pop ini adalah segala perkhidmatan yang diberikan oleh mereka ini memang tiptop! Sebab korang boleh datang Konsert, Fan Meeting, Showcase dan Fan Sign. Dan kalau korang nak tahu semua ini ada perbezaan tau! Dan jom kita baca apa sahaja perbezaan antara ke empat acara ini.

KONSERT

Sumber gambar: change

Konsert ini adalah perkara paling biasa yang mesti semua orang tunggu dan nantikan. Biasanya konsert K-Pop akan berlangsung selama tiga ke empat jam sahaja tergantung agensi masing-masing. Dalam konsert tersebut korang akan dapat tengok penampilan mereka menyanyi dalam 85% perfomance, 10% berinteraksi dengan peminat dan sapa penonton, 5% ada interview sikit dengan pengacara.

FAN MEETING

Sumber gambar: korea boo

Kalau Fan Meeting pula biasanya adalah dalam satu jam ke satu setengah jam sahaja. Dan sewaktu Fan Meeting biasanya 30% perfomance, 30% adalah untuk interview, 20% bermain games dengan peminat dan 20% berbual berdasarkan soalan yang dikumpulkan dari peminat.

SHOWCASE

Sumber gambar: amino apps

Acara Showcase pula biasanya akan berlangsung selama dua jam dengan sesi berbual dan interview daripada soalan-soalan peminat. Lebih kurang 50% daripada keselurahan acara Showcase akan diisi dengan sesi berborak, perfomance pula hanya dalam 20% dan bermain games sebanyak 30%.

FAN SIGN

Sumber gambar: kpopmap

Apa yang best dalam majlis Fan Sign ini biasanya kita sebagai peminat boleh jumpa idola K-Pop korang dengan jarak yang paling dekat sangat. Memang seronok! Ini sebab korang boleh berbual dengan mereka dan bolehlah nak hand shake ke nak feeling mereka ini boyfriend atau girlfriend korang ke. Walau bagaimanapun, dalam acara Fan Sign ini tak banyak sangat perfomance yang mereka akan buat. Iyalah nama pun acara tanda-tangan dan ramah mesra, betul tak?

Ha! Jadi korang dah tahu kan apa beza Konsert, Fan Meeting, Showcase dan Fan Sign. Akan tetapi semua ini bergantung kepada agensi masing-masinglah! Hmm, lepas ini korang mesti dah tak sabar kan nak jumpa oppa-oppa dan eonnie-eonnie korang di semua majlis itu. Jangan sampai hati korang tercyduk pula kalau mereka bertentangan mata dengan korang. Hehe!Β 

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kisah Cinta Tak Kesampaian Artis Korea 2019

Awas! Ini Sebab Kenapa Korang Perlu Tidur Tanpa Bra!