in ,

Kisah Dari Sekolah: Perbezaan Ketara Pergi Sekolah Musim PKPP

Sumber gambar: Instagram Che Ku Aqil

Welcome back to school! Selepas lama ‘berehat’ mesti ramai yang seronok nak ke sekolah. Sekarang ini pun sedikit demi sedikit pelajar sekolah dah mula ‘kembali ke pangkal jalan’ masing-masing. For those yang dah selalu bangun lambat pun sekarang ini sebelum Subuh dah terjaga, selalu tidur dah nak masuk waktu Subuh, sekarang belum azan Isyak pun dah mengantuk.

Hari Pertama Sesi Persekolahan Fasa PKPP 24 Jun 2020 - YouTube
Sumber gambar: SMK Simpang Beluru Official

Sudah pasti banyak kelainan yang korang nampak di sekeliling sekolah. Selain rumput dekat padang yang semakin panjang dan juga tandas sekolah yang semakin menyeramkan, mesti ada banyak benda lain yang korang nampak dah lain. Teringin pula nak pergi sekolah tengok keadaan pembelajaran sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ini, mesti semua benda nampak lain. Disebabkan itu, LUNARIA ada bertanyakan kepada beberapa orang saudara rapat dan juga rakan-rakan yang masih bersekolah tentang keadaan pembelajaran sepanjang PKPP ini. Next timeΒ kami nak tanya korang pula ya… sebelum itu, ini pandangan mereka:

Sumber gambar: Instagram Muhaimin

Dulu pergi sekolah tak payah nak beratur masuk pagar, check suhu semua. Sekarang ini siap kena pakai mask, cuci tangan dan paling penting tak boleh makan dekat kantin. Saya dahlah suka makan dekat kantin sebab boleh usha crush, ini sekarang tak boleh dah sebab crush saya pun saya tak ingat form berapa, tiberr! Paling terkesan bagi saya bila nak pergi tandas tak dapat nak jumpa geng dari kelas lain. Dulu asal pergi tandas je nampak geng, sekarang pergi tandas nampak dinding je sebab semua dekat kelas dah tak boleh nak merayau. -MUHAMMAD MUHAIMIN

Sumber gambar: Instagram Che Ku Aqil

Dekat tiga bulan tak masuk sekolah, sampaikan waktu hari pertama sekolah saya rasa awkward sebab sebelum pukul 7 pagi dah kena keluar rumah, takut jalan jam kalau keluar lambat. Selalu sebelum ini pukul 10 baru keluar rumah, itu pun sebab nak ambil barang yang saya beli online shopping. Hampir lupa yang saya masih sekolah lagi, haha! Tapi sebab saya nak SPM tahun depan, kenalah beringat sikit yang saya belum habis sekolah. Tapi memang lain rasa, selesa sangat duduk rumah dah kena sekolah liat sikit. – CHE KU ABDUL AQIL

Sumber gambar: Instagram Muhammad Daniel

Sejak dah kena masuk sekolah saya rasa legalah juga, at least dapat belajar dekat kelas. Sebelum ini asyik online class je, jadi susah nak fokus. Baru saya sedar yang belajar dekat kelas lagi mudah untuk nak faham. Haritu dalam kelas ramai juga kawan-kawan yang terpinga-pinga tak faham apa yang cikgu ajar sebab sebelum ini semua tak ambil kisah sangat dengan online class. Susah sikit sebab banyak benda nak kena kejar dekat kelas, pembelajaran pun jadi lebih pantas. Harapnya boleh fokus.. -MUHAMMAD DANIEL

Sumber gambar: Instagram Muhammad Aiman

Saya masih tak masuk sekolah lagi sebab tengah tunggu tarikh daripada pihak sekolah. Ini pun baru je ambil barang dekat asrama, risau juga haritu bila dapat tahu sekolah buka balik. Iyalah, baru ambil barang dah kena hantar semula. Since tahun ini saya PT3 dan PT3 pula dah dibatalkan, saya jadi stress sikit sebab kena bagi extra fokus dekat study. Lagi pula sekarang ini tinggal saya seorang dekat rumah, semua dah sekolah dan parents dah kerja. Macam mana nak fokus online class, jadi online gameΒ jelah dekat rumah, hehe! – MUHAMMAD AIMAN

Sebagai peringatan untuk korang, ini antara SOP yang perlu ikuti sepanjang sesi persekolahan PKPP:

  1. Hanya perlajar yang sihat sahaja boleh ke sekolah.
  2. Suhu badan pelajar akan diperiksa di pintu masuk sekolah.
  3. Pemeriksaan suhu badan juga akan dibuat kepada guru, warga sekolah dan individu yang mempunyai urusan dengan pihak sekolah.
  4. Pelajar perlu mengikut laluan pergerakan terarah yang telah ditetapkan untuk menuju ke kelas masing-masing.
  5. Pelajar perlu sentiasa jaga kebersihan diri, terutamanya amalan mencuci tangan dengan kerap.
  6. Meja-meja disusun pada jarak satu meter dalam kelas.
  7. Waktu rehat adalah secara berperingkat.
  8. Makanan dan minuman siap dibungkus.
  9. Pelajar akan makan di dalam kelas masing-masing di bawah pengawasan guru.
  10. Pelajar digalakkan membawa bekal makanan dari rumah.
  11. Tidak dibenarkan laukan aktiviti di luar bilik darjah seperti sukan dan kokurikulum secara bersemuka tidak dilaksanakan sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan. Begitu juga dengan perhimpunan sekolah.
  12. Sesiapa yang mencatatkan suhu badan melebihi 37.5 darjah Celsius atau bergejala tidak akan dibenarkan memasuki kawasan sekolah.
Seramai 200 polis pantau pematuhan SOP di sekolah [METROTV ...
Sumber gambar: Harian Metro

Ingat guys, utamakan kawalan kendiri dan #kitajagakita. Apa pun good luckΒ kami ucapkan kepada korang semua yang dah mula bersekolah. Keep focus dalam kelas, jangan banyak main dah okay. Ramai cakap online class susah nak fokus bila di rumah, sekarang dah masuk sekolah semula bolehlah korang fokus balik.

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

BTS & The Beatles Berjaya Jual 1 Juta Unit Album di Amerika Syarikat

Jinwhan & Junhoe iKON Accident, Peminat Salahkan YG Entertainment