in ,

Perbezaan Budak Sekolah Zaman Dulu Dan Sekarang

Sumber gambar: www.flickr.com

Sekolah adalah tempat untuk menimba ilmu bagi para pelajar. Bukan setakat itu sahaja, malah di sekolah juga adalah tempat di mana kita membuat kenalan, berkongsi tentang gaya dan lain-lain. Tidak dinafikan juga, disebabkan perubahan zaman. Memang ada banyak perbezaan yang boleh kita bandingkan di antara budak sekolah dulu dan sekarang. Jom kita tengok apa sahaja perbezaan budak sekolah zaman dulu dan sekarang.

PAKAIAN 

Sumber gambar: crazy money 71

Antara salah satu yang korang boleh nampak berlainan dari budak sekolah dulu dan sekarang adalah pakaian, lebih lagi tudung. Jika dulu, pakaian sekolah pelajar, mereka suka berpakaian lebih longgar berbanding budak sekolah sekarang yang lebih selesa tidak terlalu besar atau terlalu kecil. Kalau korang tengok pelajar perempuan pula, antara perbezaan ketara adalah tudung mereka, setuju tak? 

TEKNOLOGI

Sumber gambar: iluminasi

Of course yang satu ini antara yang paling obvious lebih lagi dengan tahap kelajuan internet pada zaman dulu dan sekarang memang bagai langit dan bumi. Kalau dulu, pelajar sekolah nak gunakan Internet, mesti akan pergi ke kafe siber, akan tetapi sekarang rasanya semua orang dah ada data Internet atau WI-FI di rumah dan nak berkomunikasi atau berinteraksi dengan sesiapa dari mana sahaja pun tidak akan menjadi masalah. 

GAYA HIDUP

Sumber gambar: klang la sallian

Jika dulu, pelajar sekolah lebih suka menghias meja masing-masing di kelas dan pelajar sekarang lebih suka jika meja lebih kosong. Selain itu, pelajar sekolah zaman dulu lebih takut dengan guru dan kalau kita tengok sekarang, pelajar sekolah dan cikgu pun kadang-kadang boleh jadi macam kawan sebab dah ada ramai cikgu yang muda. Siap ada yang crush dekat cinta.. alamak!

MUKA

Sumber gambar: klang la sallian

Pelajar sekolah zaman dulu, kalau kita tengok dalam gambar kebanyakannya ramai yang setuju bahawa muka mereka adalah muka yang paling tidak senonoh atau tidak kemas. Kalau kita tengok dan banding dengan pelajar sekolah zaman sekarang, ramai di antara mereka memang ramai yang cantik belaka dan siap ada yang dah jadi model tau! Pergi sekolah pakai mascara and blusher.. why not?

Walaupun ada beberapa perbezaan ketara yang boleh kita nampak di antara pelajar zaman dulu dan sekarang, itu bukanlah sesuatu yang menjadi masalah… Zaman berubah, sudah semestinya banyak hal yang akan berubah juga. Apa yang penting adalah korang yang masih bersekolah ini kena live your life dan buatlah banyak kenangan yang seronok dengan kawan waktu sekolah ini sebab nanti bila dah habis sekolah, dah tak merasa pun semua perkara ini tau! 

What do you think?

16 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Perlu Atau Tidak Ada Perasaan Cemburu Dengan Kawan Sendiri?

Baru Berusia 12 Tahun, Artis Cilik Aryanna Dah Beli Kereta