in ,

Perasaan Sebenar Pelajar Sekolah Bila Cuti Lama

Sumber gambar: Twitter @_zxty

Bermula dari awal minggu bulan Mac, pelajar sekolah sudah mula cuti sekolah. Dan kebetulan pula, bila wabak Covid-19 tular, kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jadi,  semua pelajar sekolah dapat tempoh tambahan cuti dan ditambah lagi sehingga kini dan seterusnya. Ramai yang ingat, majoriti pelajar seronok dengan khabar ini tetapi sebenarnya mungkin ramai yang tidak faham perasaan para pelajar bila kena duduk rumah dan social distancing dalam tempoh yang lama. Nak tahu perasaan apa yang mungkin para pelajar rasa? Jom kita tengok…

SENANG-SEKSA

via GIPHY

Pada peringkat awal, memang ramai pelajar yang suka sangat bila dapat tambah cuti. Tapi bila dapat cuti dan tak boleh keluar rumah itu sebenarnya lagi tak best daripada pergi sekolah. Betul tak geng pelajar sekolah? Bukan setakat itu sahaja, bila cikgu sudah beri kerja rumah melalui medium sosial yang ada sekarang ini lagi buatkan ramai yang rasa tak best. Ini sebab jadual di rumah pun tak semua kita ikut lebih lagi pada waktu kuarantin yang kebanyakannya akan extend waktu tidur malam lebih lewat daripada biasa, setuju tak geng?

EXPECTATION VS REALITY 

Sumber gambar: starecat

Ingatkan bila dapat cuti boleh jalan-jalan tapi tak boleh jalan-jalan dan keluar langsung sebab  hanya ketua keluarga sahaja dibenarkan keluar untuk beli barang keperluan sahaja. Bukan setakat itu sahaja, ingatkan cuti ini bolehlah nak Netflix, tengok wayang dengan kawan dan gaming all the time! Tapi teringat pula ada kerja sekolah dan online class yang wajib dibuat? But it’s okay guys! Sebab korang kena ingat, cikgu bagi kerja sekolah dan buat online class itu sebab mereka masih sayang pada korang dan nak korang berjaya walaupun tak dapat pergi sekolah!

ONLINE CLASS?

Sumber gambar: cheezburger

Walaupun tidak setiap hari dan tidak semua orang cikgu mereka buat online class, ia jadi kurang seronok bila cikgu korang nak buat online class pada waktu pagi, betul tak? Sebab waktu cuti ini, memang bohong sangat kalau nak cakap korang semua bangun awal. LOL! Tapi sebenarnya, bila online class bermula korang boleh ‘jumpa’ balik dengan classmates yang lain! Untungkan?

RINDU SEKOLAH

Sumber gambar: instagram

Benda paling tak best sewaktu tengah kuarantin dan social distancing ini juga adalah rindu sekolah. Mesti ramai antara korang juga yang dah mula rindu sekolah, rindu nak hadir perhimpunan, rindu makanan kantin dan nak makan dengan kawan-kawan, rindu nak buat aktiviti sukan dan kokurikulum sama-sama betul tak? Buat masa sekarang kita main tag kawan-kawan di media sosial sajalah sementara tunggu habis PKP okay geng?

Semua orang hadapi situasi ini berbeza-beza.. Tapi apa yang penting kita hadapinya dengan positif dan doa yang baik-baik supaya keadaan akan semakin baik dan cepat pulih. Confirm nanti, bila dah buka sekolah dan keadaan seperti biasa semula korang akan rindu pula nak duduk rumah lama-lama dan cuti panjang, LOL! Jadi, waktu pandemik macam ini kita perlu sentiasa bersyukur dan hargai masa sebab nanti bila dah tak ada cuti, korang mesti akan rasa tak best dah. So, stay safe, stay healthy and positive okay!

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Elak Gaduh Dengan Adik-Beradik Di Rumah

4 Kumpulan K-Idol Keluarkan Album Baru 2020