in , ,

Perangai ‘Special’ Budak Sekolah! Korang Macam Ini Tak?

Sumber gambar: http://1stforeverything.com/

Pening dengan perangai budak-budak dekat sekolah.. Masing-masing ada stail tersendiri.. ada yang boleh buat geng, ada juga yang langsung tak nak berkawan.

Dah nama pun manusia, mestilah ada bermacam-macam perangai.. Tapi rasanya korang mesti selalu jumpa macam-macam kerenah kawan-kawan dekat sekolah betul tak? Lagi ramai orang korang jumpa, lagi banyak perangai biasa yang kita akan nampak. Based on apa yang Ainaa perhatikan since sekolah dulu, ada macam-macam ragam kawan-kawan yang ada tau. Antaranya ialah…

GENG TAWAF SEKOLAH

Image result for korean school boys
aminoapps.com

Geng ini biasanya korang akan nampak mereka di mana-mana sahaja. Dekat toilet, dekat makmal komputer, kantin, kadang-kadang dalam bilik guru pun mereka ada! Kiranya semua tempat akan ada muka geng Ini sebab kerja mereka ialah tawaf satu sekolah. Tapi biasanya geng tawaf sekolah bukan buat hal kacau orang pun, paling extreme mereka buat ialah buat bunyi tikus bila nampak geng girls lalu dekat depan. Korang yang girls, pekakkan telinga je buat-buat tak dengar. Melainkan ada antara ahli geng itu kawan korang, tegur sajalah dan tanya bila mereka nak tawaf surau pula, jkjk! Ehemm, btw Ainaa dulu waktu sekolah pun geng tawaf juga. Bila bosan cikgu tak masuk kelas, mulalah ajak geng yang lain pergi pusing satu sekolah. Jangan ikut Ainaa tau.. hehe!

SUKA TANYA SOALAN BILA DAH NAK HABIS KELAS

via GIPHY

Lagi beberapa minit je lagi nak rehat, tapi ada pula yang ‘terlebih rajin’ pergi tanya soalan last minute dekat cikgu. Maka dengan itu, korang pun akan lambat keluar rehat jawabnya.. Geram tak kalau ada classmate yang macam ini? Waktu dah nak habis kelas dia baru sibuk nak tanya soalan itu ini. Lagi sakit hati kalau ia kelas last before balik, tak pasal-pasal kena marah dengan pakcik van sebab lambat keluar kelas. Tapi tak boleh juga nak marah sebab mungkin waktu cikgu mengajar dia memang tak boleh nak fokus ke? Sebab itu dia decide untuk tanya soalan untuk bagi lagi faham. Or else kalau korang sendiri berperangai macam itu, lepas habis kelas bolehlah jumpa cikgu sendiri. By that time korang akan lagi faham sebab cikgu akan explain sampai korang faham 100%! Tak rugi pun kalau tanya banyak soalan dekat cikgu sebab itukan untuk pelajaran juga.

MUKA YANG SAMA DATANG LAMBAT

Image result for datang lambat ke sekolah
bm.cari.com.my

Biasanya hari Isnin ada perhimpunan rasmi dan waktu untuk beratur dekat tapak perhimpunan pun lewat sikit berbanding hari biasa. Tapi kenapa ada juga yang datang lambat ke sekolah? Masalahnya muka yang sama juga setiap hari daripada Isnin sampai ke hari Jumaat. Selagi orang belum beratur, selagi itu tak nampak lagi muka dia dekat dalam barisan kelas. Sampaikan cikgu pun dah tak larat nak denda geng-geng datang lambat itu. Akhirnya masuk saja dalam barisan, tak payah susah-susah kena denda atau tulis nama oleh pengawas. Pengawas pun dah boleh kawtim dengan geng-geng itu sekali, haha! Lagi senang kalau pengawas kawan kita sendiri, barulah boleh masuk sekolah tanpa rasa bersalah. Ehh, jangan amalkan selalu tau, nanti kesian kawan korang kena marah dengan cikgu pula.

MUKA KOPERASI

Image result for koperasi sekolah
www.dictio.id

Korang tahu apa maksud ‘muka koperasi’? Haa, maksudnya bila ada free time dekat kelas je, mesti muka itulah yang akan pergi shopping dekat koperasi. Mula-mula dia datang sebab nak beli air, tak lama lepas itu dia beli jajan pula. Lepas waktu rehat pun dia masih lagi gigih cari gula-gula, dengan alasan mengantuk dekat kelas dan tak boleh fokus. Siapa macam ini dulu angkat tangan! Haa, Ainaa pun macam ini juga dulu dekat sekolah, asyik pergi koperasi je kerjanya. Yelah, kelas pun depan koperasi, mestilah kita kena pergi. Even tak ada benda yang nak dibeli pun masih lagi rasa nak masuk dalam sebab ada aircond! Buat-buat cari barang then keluar, asalkan dapat masuk dalam sekejap pun jadi. Ohh, btw lagi satu sebab crush Ainaa ialah ahli koperasi so dia yang selalu ada dekat situ jaga kaunter, hehe!

Haihh bila cakap pasal perangai kawan-kawan dekat sekolah Ainaa rasa rindu pula! Korang yang tengah SPM ada yang dah mula rasa sedih nak tinggalkan kawan-kawan sekolah? Lepas ini dah susah nak lepak sama-sama sebab masing-masing ada life sendiri. Ada yang sambung belajar, cari kerja tak kurang juga ada yang terus kahwin ya, haha! Sebab itu korang kena hargai setiap saat dengan kawan-kawan.. Hargai satu sama lain okay? BTW for those yang belum lagi tengok video tentang perangai kawan-kawan dalam kelas, korang boleh tengok dekat bawah ini okay! Before this kitorang pernah buat video tentang ragam budak sekolah. Enjoy!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

4 Aktiviti Best Untuk Musim Hujan

4 Langkah Penting Sebelum Shopping Baju Online