in ,

Perangai Pelik Girls Bila Datang Bulan

Sumber gambar: https://www.callmejules.co.uk/portfolio-item/bloody-good-period/

Asal period je, mulalah muncul perangai pelik-pelik. Lain macam betul penangan period setiap bulan. Bila marah, marah sangat. Bila manja, manja sangat pula.. Sis confuse!

Actually waktu kita period, badan kita simpan banyak rahsia yang hanya boleh dibaca melalui bahasa tubuh. betul juga, macam mana nak tanya badan kita sendiri? Maybe korang tak perasan perangai rare kita bila tengah period.. Kalau nak tahu, meh Ainaa kongsikan! Psst, dah habis baca nanti jangan lupa komen apa perangai pelik waktu korang period di bawah okay!

DOUBLE CHECK, BOCOR KE TIDAK

Related image
Sumber gambar

Bila tengah period, mulalah paranoid takut terbocor tiba-tiba, lebih lagi kalau dekat sekolah. Seram sis! Setiap kali bangun je dari kerusi, minta kawan tengokkan sama ada ada kesan darah atau tak dekat baju dan kain sekolah. Padahal benda itu semua hanyalah perasaan kita saja yang terlalu berfikir dan cepat takut ia terjadi. Seorang kawan sekolah Ainaa ada yang sampai rasa takut nak bangun bila dah duduk sebab risau bocor! Kawan korang ada yang macam ini tak?

DARAH MERATA-RATA

Image result for darah dekat lantai
Sumber gambar

Biasanya kalau period sangat penting untuk kita cuci dan jaga kebersihan. Lebih lagi kalau waktu first day and second day datang bulan. That time darah banyak dan ada sesetengah girls overflow dan perlu tukar pad setiap dua jam! Perasan tak setiap kali lepas kita cuci pad, korang akan terbongkok-bongkok tengok lantai bilik air sebab takut ada tertinggal sisa darah tak? Sama dengan Ainaa! Risau buatnya orang yang akan guna tandas selepas kita akan nampak darah korang terbiar dekat atas lantai.. Alamak malunya!

MIMIK MUKA

via GIPHY

Benda ini biasa rasanya jadi dekat semua girls. Mimik muka bila rasa darah period keluar setiap kali kita bangun dari duduk, berjalan atau berlari. Betapa puasnya muka bila rasa darah itu keluar macam air terjun. Lebih lagi kalau terasa keluar banyak kalau kita batuk atau bersin. Fuh! That time memang rasa macam air terjun. Tapi tak best kalau waktu darah keluar dengan banyak dan korang tak perasan pad dah penuh. Habis bocor pula waktu itu! Dah kelam kabut dapatkan bantuan..

BERUSAHA SOROK PAD

via GIPHY

Dah macam masuk marathon sebab kena berlari sambil bawa pad, takut orang lain nampak. Kalau dekat rumah jarang berlaku acara marathon ini, tapi dekat sekolah ia biasa terjadi. Lebih lagi kalau korang kehabisan pad dan terpaksa tanyakan dan minta daripada kawan-kawan yang lain. Punyalah bersusah payah nak sorok pad sampai kena buat gerakan luar biasa sebab tak nak budak lelaki dalam kelas nampak. Rindu pula nak join marathon ini sebab Ainaa memang selalu alami masalah tak bawa pad extra dekat sekolah dulu! Haha!

Whatever it is, semua ini satu pengalaman yang menarik walaupun pelik! Nanti bolehlah share pengalaman pelik korang dengan kawan-kawan yang lain. Apa pun bagi Ainaa, setiap kali period, benda paling penting ialah pemilihan pad. Once korang selesa dengan satu jenama pad, teruskan je pakai jenama yang sama okay!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Penting Sangat Ke Pemilihan Aliran Untuk Tingkatan 4?

Makanan Paling Sesuai Waktu Exam!