in ,

Perangai Pelajar Sekolah Bila Kena Pergi Sekolah Musim PKPP

Sumber gambar: Instagram Lunariamy

Tiga bulan duduk rumah, dah sampai masanya untuk kita kembali ke sekolah. Baju sekolah dah kena siap, kasut sekolah dah kena basuh dan paling penting kerja sekolah dah kena siapkan!

Turn korang untuk back to school again dah sampai. Benda pertama yang kebanyakan pelajar paling tak sabar semasa di sekolah semestinya jumpa dengan kawan-kawan. Dah lama tak lepak dekat kawasan sekolah, akhirnya kini tiba masanya untuk korang buat ‘reunion‘ semula dalam kelas, maklumlah dah tak boleh melepak di kantin, dapat lepak dekat kelas pun okay juga.

Ada banyak benda yang berubah, salah satunya ialah perangai kawan sekeliling. LUNARIA ada berbual dengan beberapa orang saudara rapat yang masih bersekolah dan mereka sendiri sahkan bahawa banyak perangai pelik kawan-kawan di sekolah semenjak PKPP ini. Jom LUNARIA share dengan korang beberapa perangai yang mungkin juga telah terjadi kepada kawan-kawan korang di sekolah.

MASK ON 24 JAM

Sekolah Bakal Dibuka, Ini Antara Cabaran Ibu Bapa Didik Anak-Anak ...
Sumber gambar: Freemalaysiatoday

Sekarang ini korang memang ‘diwajibkan’ untuk memakai face mask sepanjang masa di sekolah kecuali waktu makan. Disebabkan mereka perlu memakai face mask maka ada beberapa pelajar yang sepanjang masa pakai face mask sampai habis sekolah. Bagus buat macam itu tapi apa yang tak bagusnya ialah bila dah dah rasa pening kepala, dia masih terus pakai face mask tersebut sebab takut kena virus. Ingat, jangan seksa diri sendiri. Kalau korang dah rasa pening kepala, sekali sekala buka mask sekejap, jangan pakai terlalu lama sampai buat badan rasa tak selesa.

MAK PREPARE MAKANAN

The Only Formula You Need to Pack a Healthy Bento Box Lunch for ...
Sumber gambar: Eatingwell

Since pelajar sekolah sekarang tak boleh makan di kantin, ada parents yang mengambil inisiatif untuk membekalkan bekalan makanan untuk anak-anak mereka. Beruntung kepada pelajar yang maknya sempat sediakan makanan waktu rehat yang sedap-sedap. Ada juga yang kongsikan bahawa ada kawan kelasnya bawa bekalan bermacam-macam jenis lauk. Setiap hari menu makanan dia akan bertukar-tukar sebab mak dia risau kalau anaknya lapar tak cukup makan! Comelnya. Best korang yang mak prepare makanan setiap kali di sekolah.

PARANOID MELAMPAU

Dribbble - anti corona set-01.jpg by Lalucu
Sumber gambar: Dribble

Bermula daripada face mask, tisu basah, tisu poket, hand sanitizer, sarung tangan, sabun basuh tandan dan bermacam-macam lagi bekalan kebersihan dia bawa ke sekolah. Pelajar macam ini bagus sebab dia peka dengan kebersihan sekeliling. Tapi tak susah ke nak bawa semua benda-benda itu? Penuh pula beg sekolah nanti, tapi bagus juga at least boleh dia share sekali dengan kawan sekeliling supaya mereka semua bersih daripada Covid-19.

COVID-19? MASIH BLUR

What if I told you I don't care? - Tough Spongebob - quickmeme
Sumber gambar: Quickmeme

Ya sebenarnya ada juga pelajar yang berperangai macam ini. Buktinya classmate salah seorang sepupu kenalan rapat sendiri berkongsi, sebab dia dah selalu basuh tangan so sebab tu dia tak berapa peduli sangat dengan Covid-19.  Alamak jangan macam itu sekali, kesian dekat kawan-kawan yang dah jaga diri. Ada juga yang dengan tanpa segan silu sentuh kawan-kawan, berpelukan, tak jaga social distance, tak pakai face mask dan macam-macam lagi.. Kalau korang sendiri yang berperangai macam ni, please hentikan ya. Covid-19 masih bebas lagi, kita jangan terlalu leka okay.

Sebagai pelajar, korang sendiri kena peka dan jaga diri waktu di sekolah. Parents dah tak ada dekat depan mata jangan ambil kesempatan untuk abaikan penjagaan kebersihan yang dah ditetapkan okay. Jaga diri selalu dekat sekolah dan jangan lupa siapkan kerja sekolah…

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Perkara Perempuan Selalu Buat Yang Sebenarnya Bahaya

Kesan Bath Bomb Kepada Kulit Badan Dan Vagina