in ,

Perangai Lelaki Yang Buat Hati Girls TERCYDUKK

Sumber gambar: budakkkpalingcomel.blogspot.com

Lelaki atau kaum adam ini adalah pelengkap dan pelindung bagi perempuan, betul tak? Memang sudah jadi lumrah untuk kita antara dua kaum yang berbeza ini tertarik antara satu sama lain disebabkan beberapa faktor. Tidak kiralah rupa korang macam mana pun, kalau ada personaliti yang the best! Mesti akan ada yang terjatuh tersuka tercyduk kan? Meh sini, kami kongsi dengan korang semua, psst lebih lagi lelaki tentang jenis lelaki macam mana saja yang bakal buat ramai perempuan di luar sana tercyduk dengan korang. Kalau korang ada salah satu karakter ini. Hmm, awas! Mungkin korang akan ada ramai crush dan peminat! Wow kan?

COOL

Sumber gambar: Twitter

Adakah korang seorang lelaki yang dingin, tak suka layan orang sangat, pendiam dan misteri? Wow! Kalau ya, memang perempuan suka kepada lelaki cool macam korang sebab mereka curious nak tahu tentang korang dan rasa nak lagi berkawan dengan korang. Biasanya lelaki seperti awak semua ini ada aura bad boy walaupun tak bad sangat pun, betul tak? Itu yang lagi membuatkan para kaum hawa ini lagi feeling macam K-Drama. LOL!

BIJAK

Sumber gambar: Pin Interest

Bijak yang dimaksudkan bukanlah lelaki bijak yang skor semua subjek itu sahaja ya! Tetapi ini lebih kepada lelaki bijak yang banyak ilmu pengetahuan lain dan ada informasi yang luas. Selain daripada perbualan korang akan nampak lebih matang dan berguna, lelaki bijak ini sebenarnya mempunyai selera humor yang memang kelakar dan masuk akal tau! “Haish! Dahlah bijak! Kelakar pula itu!”, ini yang korang akan dapat dari perempuan kalau mereka suka korang yang seperti ini.

SPORTY

Sumber gambar: Amino

Macho, gagah, hensem, atlet, pandai sukan. Wow sangat kan! Ya! Memang betul! Kalau korang adalah lelaki yang berada dalam kalangan yang suka bersukan, korang memang antara yang ramai peminat dan crush! Ini sebab memang perempuan suka lelaki yang rajin bersukan sebab mereka suka tengok bila korang beraksi lincah dan fokus dalam pertandingan. Woah! Sebab itulah pemandangan paling terbaik dan menarik dalam hidup perempuan bila tengok lelaki seperti korang.

KELAKARΒ 

Sumber gambar: Pin Interest

Jenis lelaki kelakar memang tak akan pernah mengecewakan. Ini sebab perempuan suka lelaki yang tidak membosankan, jadi bila korang buat lawak dan perempuan rasa itu kelakar. Mereka akan layan korang baik sehabis mungkin. Lebih lagi kalau cerita, tingkah laku dan perangai korang yang boleh buat perempuan ketawa itu memang kegemaran mereka sebab korang mampu ceriakan hari mereka yang sendu itu. Haha!

ROMANTIK

Sumber gambar: Soompi

Cuba cakap, perempuan mana saja yang tak suka lelaki romantik? Kalau korang nak tahu, kebanyakan perempuan memang akan tercyduk dengan lelaki romantik tau! Walaupun kononnya mereka kata tak suka sebab geli. Jadi lelaki romantik ini tak perlu belikan bunga dan hadiah setiap hari pun. Cukup dengan perangai korang yang gentleman dan perilaku yang sopan pun, confirm perempuan ini cair bak ais krim! Hehe!

Adakah korang tergolong dalam lelaki jenis yang kami nyatakan ini? Jika ya, macam kami pesan tadi. Jaga-jaga, mungkin korang dah buat ramai perempuan cair dengan korang. Hehe! Tapi ingat! Jangan over confident sangat. Nanti orang annoying dengan korang baru tahu! Untuk lelaki yang tak ada karakter seperti kami sebutkan ini. Jangan risau, just be yourself! Mana tahu ada someone yang suka dengan kelainan korang itu. Hehe!

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Awas! Jangan Simpan Phone Di Tempat Ini

Outfit Idea Untuk Keluar Dating!