in ,

Perangai Kucing Annoying Yang Buat Manusia Pening Kepala

Sumber gambar: mai pm youtube

Siapa di antara korang di sini yang di rumahnya ada bela kucing? Kucing korang jenis yang macam mana? Cool ke gedik manja dengan korang? Kalau ada yang jenis gedik manja itu okay lagi kan? Dapat kucing yang suka buat banyak hal, ah sudah! Memang pening kepala tau nak jaga! Haha! Tapi perasan atau tidak, kucing ini sebenarnya ada perangai annoying mereka tersendiri. Sampaikan ada tuan mereka sendiri pun rasa nak marah saja dengan perangai kucing ini tau! Jom kita tengok, apa sahaja perangai kucing yang suka buat hal ni.

FAHAM, MALAS LAYAN

via GIPHY

Untuk pengetahuan korang, kucing ini sebenarnya mereka faham sangat apa yang tuan dan manusia ini cakap tapi kalau korang perasan makhluk yang berbulu gebu ini mereka malas nak layan korang. Ini sebab dia layan dia tahu nanti korang akan gomol mereka sampai mereka rimas.

CARI MANUSIA BILA SUSAH

via GIPHY

Ya, bukan manusia sahaja tau yang cari orang lain kalau susah. Malah kucing pun akan cari kita bila susah tau. Sebagai contoh, mereka akan cari kita bila lapar, berak, nak susu dan lain-lain. Bila dia tengah sakit pula, biasanya kucing dia akan automatik datang sendiri pada kita dan mengada-ngada dia geser bulu dekat kita tau! Hehe!Β 

HAIWAN PALING DIVA

via GIPHY

Kucing juga adalah antara haiwan peliharaan yang paling diva tau! Sebab, mereka sangat suka berjalan sambil angkat muka dan perhati saja manusia sambil buat muka slumber mereka. Kalau mereka ini boleh bercakap dengan kita, sudah pasti kita akan cakap pada mereka β€œeh kenapa nak pandang-pandang orang macam tu? Hek eleh…”. Haha.

RUANG PERIBADI LEPAS STRESS

via GIPHY

Kalau korang nak tahu juga, kucing ini adalah salah satu haiwan yang kena ada ruang peribadi mereka sendiri untuk lepaskan stress tau. Kucing perlukan ruang mereka sendiri sebab mereka tidak boleh kerap bermain dengan manusia sangat dan dia mesti relax kan diri mereka saja di tempat baring mereka. Hmm, tak kalah dengan manusia juga kan perangai meow meow ni?

TAK SUKA TETAMU LAIN

via GIPHY

Perasan atau tidak, kucing biasanya akan lari masuk kalau ada tetamu lain hadir ke rumah. Ya, memang annoying sangat sebab waktu itu lah biasanya kita nak bagi peluang pada kawan kita main dengan dia kan? Tapi dia tak suka kawan kita dan terus menyorok. Haha! Aduh macam-macam lah perangai kucing ini kan?

Jadi, korang dah tahu lah kan perangai kucing? Kalau layan kan selalu memang kadang-kadang akan annoying mood kita dan mencuit hati. Tapi dengan membela kucing ini pun boleh uji tahap kesabaran korang berada di level apa tau. Bawa bertenang sahaja lah ya kalau korang dapat seekor kucing yang perangainya lengkap dengan lima perangai ini. Huhu…

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments