in ,

Perangai Kawan Annoying Kawan Biasa Yang ‘Acah’ Rapat

Sumber gambar: bustle.com/articles/193340-how-to-tell-your-best-friend-youre-mad-at-them

Ehh, aku kenal si Siti Aidaa.. Kami kawan waktu tadika dulu, dia memang perangai pelik sikit.. Dulu aku selalu pergi rumah dia.. Abang dia suka aku..Lepas itu, … *sambung cerita besar*

Eh amboi amboi, sudahlah tak rapat tapi tiba-tiba mengaku kenal dengan kita pula? Lepas itu ikut suka je nak cakap perangai kita tak elok, padahal last bertegur pun waktu tadika dulu.. Korang ada kawan yang jenis macam ini? Tak rapat tapi beria bercerita macam kenal sangat. Sampaikan korang sendiri rasa annoyed dengan perangai buruk dia yang mana suka sembang kencang… Fuhh, mencabar ya.

EHH DULU AKU DENGAN DIA SELALU LEPAK

via GIPHY

Ada certain orang dia kenal dengan ramai orang, tapi setakat kenal macam itu sajalah. Jumpa sekali dua atau berborak dekat social media je, bukannya selalu sangat lepak setiap minggu. Tapi yang peliknya bila bersembang dengan orang lain bukan main besar ceritanya, semua orang dia kenal dan pernah lepak sekali. Bahaya tau orang macam ini, baru jumpa sekali terus claim kawan baik. Kalau ada kawan macam ini, kami sarankan korang layankan sekali dua boleh tapi kalau selalu sangat, takut kita mungkin akan tak tahan dengan perangai dia pula.

SEMUA BENDA NAK CERITA

Sumber gambar: Me.me

Benda ini mungkin tak jadi pada diri korang sendiri, tapi mungkin jadi dekat orang lain. Situasinya bila si kawan ini seorang yang suka bergaul dan bersembang dengan semua orang. Tapi dalam tak sedar dia berborak, dia asyik membangga diri tak habis, walhal korang baru saja kenal dan tak patut pun dia nak cerita semua benda secara details. Kalau setakat cerita bab life, relationship atau beauty care boleh tapi kalau masuk bab kisah hidup dia dengan ex-boyfriend macam melebih pula nak cerita dekat orang lain? Korang bosan dengan cerita dia? Better larikan diri cepat sebelum dia mula berbangga diri lagi.

KITA KAWAN, MEH PINJAM BARANG

via GIPHY

Ehh, sudahlah kita setakat kenal macam itu saja, janganlah nak melebih sehingga pakai barang kita suka hati. Okay, nak pinjam sekejap boleh tapi at least minta kebenaran dan sila ada common sense sikit. Ini tidak, suka hati ambil barang tanpa kebenaran. Kawan tak kawan, barang tetap barang kena minta kebenaran. Setakat pinjam alat tulis okay lagi, tapi kalau sampai buka lock phone kita suka hari itu bahaya. BFF kita sendiri pun kalau nak pinjam phone atau barang lain tahu nak minta kebenaran, ini pula setakat kawan biasa.

MANA BOLEH KALAH BILA BERCERITA

via GIPHY

I dulu bercinta dengan anak datuk, tapi i tinggalkan dia terus sebab malas nak bercinta dengan anak datuk, nanti semua benda tak boleh nak buat.

Wow sis! Untunglah bercinta dengan anak somebody, kita ini nak bercinta waktu sekolah pun mak tak bagi. Hmm, korang ada tak kawan yang tak rapat tapi acah rapat sangat sampai kalau bab bercerita dia tak nak kalah? Dia seorang saja yang hebat sangat bila bercerita sampai tak nak kalah semuanya. Bila kita berborak tentang orang lain, dia pun nak masuk line sekali. Tiba-tiba dia pun kenal pula dengan orang yang kita tengah cerita. Lagi best rupanya dia pun bersaudara dengan orang yang kita maksudkan itu. Okay kalau dah sampai bab ini, sis give up!

Actually best tau kalau ada kenal someone macam ini sebab dia boleh dijadikan sebagai hiburan. Tapi kalau hari-hari kena layan semua itu, mungkin korang pun rasa bosan nak layan. Kalau rasa tak selesa sangat, better korang jujur saja dengan dia at least dia sedar kesilapan diri.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kesalahan Bila SUKA & CINTA Adik Beradik Sendiri!

Abang Hot Band-Band Lokal Korang Boleh Usha!