in ,

Perangai K-Pop Fans Yang Paling Buat Idol Tak Suka

Sumber gambar: www.scmp.com

Secara umumnya, memang ramai orang tahu dan kenal sangat dengan perangai peminat K-Pop yang ratanya memang sangat fanatik. Peminat K-Pop juga kebanyakannya dikenali sanggup melakukan apa sahaja untuk idola mereka dan sentiasa memberikan sokongan sehabis mungkin dari awal karier mereka hingga akhir. Mereka juga antara orang yang paling kerap menghabiskan perbelanjaan, waktu bahkan ada juga ada yang sanggup gadaikan nyawa tau! Ha! Bukan main dahsyat peminat K-Pop ini kan? Namun, mesti tiada orang yang boleh sangka juga yang disebabkan beberapa hal yang dilakukan oleh peminat K-Pop ini juga mampu buatkan idola mereka benci dan tidak suka dengan peminatnya sendiri. Nak tahu apa alasannya? Jom kita tengok!

ABAIKAN TANGGUNGJAWAB PERIBADI

Sumber gambar: twitter

Wajar dan normal sahaja untuk korang meng-idolakan seseorang sebab muzik mereka, bakat mereka, visual mereka dan lain-lain. Akan tetapi, korang juga tidak perlu untuk berlebihan dalam hal sampai obses dan tidak beri perhatian kepada diri, kehidupan dan abaikan tanggungjawab peribadi korang dalam kehidupan. Tak salah untuk minat, tetapi K-Pop idol korang ratanya memang akan rasa sangat bersyukur jika korang mampu jadikan mereka sebagai motivasi untuk korang lebih berjaya dalam hidup. Kan lebih baik macam itu! Hehe!

RECORD SEMASA CONCERT

Sumber gambar: pinterest

Tidak dinafikan sebagai penggemar, mesti kita suka untuk rekod segala moment kita berada di konsert idola kegemaran kita bukan? Kalau korang nak tahu, bukan setakat K-Pop idol sahaja yang tak suka peminat mereka fokus rekod video sewaktu konsert. Malah mana-mana penyanyi dalam dunia ini pun, mereka lebih suka kalau peminat mereka fokus dengan konsert dan lagu yang dipersembahkan semasa di pentas. Jadi, kalau korang salah seorang yang lebih fokus dengan konsert mesti akan lebih bahagia sebab itu lah saat korang berjumpa dengan idola kesayangan korang.

BERGADUH DENGAN FANDOM LAIN

Sumber gambar: seoulbeats

Lain orang, lain citarasa mereka, setuju tak? Persaingan di antara semua K-Pop idol ini memang sengit dan kadang-kadang itu kalau korang nak tahu di sebalik tabir mereka semua ini adalah berkawan sesama sendiri tau. Jadi kalau korang siap buat fan war sesama sendiri itu memang tak patut sangat sebab korang beria bergaduh tapi idola kesayangan korang elok sahaja berkawan satu sama lain. Bukan kah lebih baik kalau korang pun saling menyokong artis lain? Sebab korang hanya buang tenaga sahaja jika bergaduh dengan fandom lain dan siap ada yang mengutuk dan keluarkan kata-kata yang tak patut itu memang no no no!

GANGGU KEHIDUPAN PERIBADI

Sumber gambar: koreaboo

Bukan setakat itu sahaja, K-Pop idol juga memang sangat lah benci dengan sasaeng yang kerjanya kalau boleh 24/7 nak follow K-Pop idol pergi kemana sahaja dan siap sanggup berhabis wang untuk mendapatkan informasi peribadi K-Pop idol. Sasaeng ini juga, mereka sanggup untuk mencederakan K-Pop idol dan juga keluarga mereka tau! Jadi, korang pun kalau minat. Jangan lah sampai obses sebegitu rupa ya? Tak kesian ke kehidupan idola kesayangan korang ibarat dihantui dengan orang psycho? Kesian tau…

SHIP ATAU JODOH DENGAN IDOL LAIN

Sumber gambar: koreaboo

Ini pun satu hal juga. Untuk pengetahuan korang, K-Pop idol memang akan rasa tidak selesa apabila diri mereka cuba dijodohkan dengan idol lain tau. Walaupun pada pandangan peminat antara satu sama lain merasakan mereka sesuai dan bagai pinang dibelah dua. Idola kesayangan korang mesti akan tidak suka dengan dating rumor yang direka oleh peminat sebab ia boleh timbulkan salah faham dan juga akan beri kesan kepada career mereka antara dua belah pihak tau.Β 

Jadi selepas ini korang mesti sudah jelas kan dengan alasan yang mampu buatkan idola kesayangan korang menyampah dengan peminat sendiri? Ha! Kalau korang nak tahu juga, kalau korang nak tahu juga. Jika korang lebih bersahaja dalam minat K-Pop memang lebih baik sebab tak ada lah selepas ini ramai orang benci K-Pop tanpa alasan, betul tak? Hehe!

What do you think?

7 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jung Yong Hwa (CNBLUE), Yoon Doo Joon (Highlight), Lee Joon & Kwang Hee Kembali ‘Bersatu’

BLACKPINK Buat Comeback! BLINKS Dah Ready?