in ,

Perangai ‘Fake’ Kita Mungkin Perangai Sebenar?

Sumber gambar: https://www.lifealth.com/love-and-relationship/relationship-tips/fake-friend-sure-shot-ways-spot-fake-friend-life-mj/87275/

Eh Mira ni.. Baru cakap sikit dah nak mengamuk. Tadi okay je.. Sekarang selalu moody dan marah-marah..

Ha, siapa ada kawan perangai macam baik mengaku? Amboi, suka ya kawan tu terlampau ikutkan perasaan.. Tapi korang rasa itu perangai fake atau sebenar? Kalau diri korang berperangai sedemikian, agak susah untuk ‘sorok’ bila dekat public. That’s why kita kena jadi diri sendiri bila dekat mana-mana je. Jom kita tengok sikit macam mana kita nak tahu perangai seseorang yang sebenar atau fake!

ATTITUDE MARAH

via GIPHY

Ada certain orang waktu marah memang dia akan berubah jadi ‘Shrek’, habis semua benda depan mata hancur. Ada juga yang jenis tenang dan muka pun relax je walauun dia hadapi perkara yang rumit.. Kalau jenis cepat nak mengamuk, tandanya memang diri orang tersebut diselubungi negative je. Let say korang jenis yang bertenang, mesti senang je nak rasa bertenang even keadaan tengah tegang..

BAHASA

via GIPHY

Bahasa melambangkan diri kita. Kalau asyik nak mencarut je, macam mana tu? Dalam sehari kalau si dia tak mencarut, tak lengkap hidup! Perangai yang suka mencarut ini mungkin dia dah terbiasa bercakap kasar.. Sebab kalau dia memang bercakap lembut, mesti bahasa yang indah-indah je akan keluar dari mulutnya. Kalau #Lunagirls ada kawan yang suka mencarut, bantu dia untuk ubah diri lebih baik okay?

STRESS

via GIPHY

Tak semua orang boleh handle stress. Sometimes bila tahap stress dah melampau, mesti rasa nak mengamuk dan menjerit.. Tapi #Lunagirls, semua tindakan kita dikawal sepenuhnya oleh diri sendiri? Kalau korang rasa stress, cuba untuk bertenang dan kawal diri. Kalau korang pandai kawal diri, lebih mudah untuk tangani stress tau.. Ingat girls, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya!

DENGAN KAWAN DAN KELUARGA

via GIPHY

Ada orang bila dengan kawan-kawan, elok je cara percakapannya. Tapi dengan adik beradik sendiri, asal bercakap je nak marah.. Haa, situasi ini adalah dalam ketegori perangai fake sebab perangai tak tetap! Kenapa dengan kawan boleh berbaik tapi dengan adik beradik sendiri tak boleh? Kalau ada antara kita sendiri perangai macam ni, please ubah ya sebab waktu susah nanti mesti adik beradik yang akan ada dengan kita..

Bukan susah pun nak kenal diri seseorang tu. Sometimes benda kecil pun akan tunjukkan perangai sebenar kita. Sebab itu kita kena jadi diri sendiri walau di mana kita berada okay!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ini Korang Kena Buat Kalau Sakit Di Sekolah!

Kenapa Fan Meeting Kim Jae Hwan Batal!