in ,

Perangai Buruk Perlu Ditinggalkan Di Tahun 2019!

Sumber gambar: lunaria.com.my

Banyak tak perangai korang dah berubah tahun ini? Mana tahu, ada yang dah jadi semakin matang, ada yang dah tak stress dan kemurungan, hidup lebih gembira dan lebih terbuka, ada yang kurus dan lebih sihat, betul tak? Walau bagaimanapun, masih ada lagi beberapa orang yang masih berperangai teruk walaupun sudah dah masuk tahun 2020. Sepatutnya, lebih bertambah tahun, semakin maju sesebuah negara, masyarakat pun perlu semakin bertatasusila dan ada minda yang lebih terbuka untuk menerima setiap jenis orang lah kan? Dan selain itu, tak perlu wujud pun perangai-perangai yang nak menjatuhkan seseorang lagi. Jom tengok perkara wajib apa yang korang perlu tinggalkan di 2019! Hehe

DENGKI 

Sumber gambar: powerofpositivity

Bawa-bawalah tinggalkan perangai nak dengki dengan orang lain. Kalau nak tahu antara kesan yang korang dapat memang akan jadi teruk sangat sebab korang akan hilang ramai kawan, bukan setakat kawan, keluarga korang sendiri akan menyampah dengan perangai korang tau! Selain itu, ini juga merupakan salah satu penyakit hati. Kalau korang ada sikap seperti ini lebih baik berubah dan cuba tukar sifat dengki itu dengan bangga dengan seseorang itu dan jadikan ia sebagai motivasi korang untuk lebih berjaya dalam banyak hal lain.

TERLALU BERHARAP

Sumber gambar: thealternativedaily

Seterusnya, korang yang jenis suka berharap kepada seseorang. Lebih lagi kalau orang itu tak boleh nak ikut kemahuan yang korang nak, mesti korang akan kecewa sangat, betul tak? Sepatutnya daripada korang berharap pada orang lain apa kata kalau korang yang cuba buat sendiri sebab manfaatnya korang sendiri yang dapat nanti. Jadi tinggalkan sahaja perangai ini dan cuba berdikari untuk hidup sendiri.

EGO

Sumber gambar: dramabeans

Dalam hidup ini kita tak bolehlah nak pentingkan diri sendiri dan tak dengar apa yang orang lain cakap. Sekali sekala kita perlu turunkan ego kita untuk berdamai dalam semua keadaan. Sebab itu, kalau korang ada masalah dengan sesiapa sepatutnya korang terus berkomunikasi dan bincang tentang masalah korang itu dan selesaikan secara baik. Tak perlu pun nak menyalahkan sesiapa dalam hal lain.

BERGOSIP

Sumber gambar: gulfnews

Walaupun ramai yang susah nak tinggalkan perangai ini, why not korang fikir kalau ada perangai macam ini saja dah berdosa dan kalau selalu buat boleh jadi dosa besar tau! Memang tipu sangat kalau ramai yang tak suka bergosip. Jadi korang boleh saja kalau nak ajak geng gosip korang untuk sama-sama berubah dan kurangkan bergosip. Slowly but surely! Confirm nanti lama-lama korang sudah tiada masalah untuk tahan diri dari bergosip.

BANDING DIRI

Sumber gambar: Quora

Semua orang ada karakter diri masing-masing dan korang kena ingat yang kita tak boleh samakan diri kita dengan orang lain. Jadi berhenti untuk banding diri korang dengan orang lain, sebab korang ada kemampuan dan bakat korang sendiri dan orang lain pun ada mereka punya yang tersendiri. Kalau korang asyik nak ikut orang lain, macam mana dunia nak tengok uniknya diri korang, betul tak? Hehe

Kalau korang dah tinggalkan perangai seperti ini, percaya atau tidak sebenarnya hidup korang akan jadi lebih baik sebab minda kita sentiasa bersih dan bersangka baik pada ramai orang. Selain itu juga, korang akan lebih ceria dan fokus untuk capai goals korang pada tahun 2020 nanti untuk jadi seseorang yang lebih baik dan lebih positif dalam banyak hal. Jadi kalau nak mulakan tahun baru nanti, pastikan korang ‘flush’ semua perangai dan fikiran buruk itu. Apa kata untuk tahun 2020 nanti korang cuba benda baru.. You guys can try belajar memasak, belajar buat kek atau boleh juga belajar berenang! SuperDeals ada tawaran hebat untuk siapa yang teringin nak belajar berenang.. korang klik di sini! Selamat mencuba!

What do you think?

7 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jenis Kawan Dalam Kelas Yang Selalu Hiburkan Kita

Video Youtube Trending Sepanjang 2019