in ,

Perangai Aneh Adik Beradik, Korang Tersenarai Tak?

Sumber gambar: Lunaria.com.my

Mak!! Tengok kakak.. dia buat Aisyah lagi…….

Kalau korang nak tahu, sebenarnya seronok ada ramai adik beradik. Boleh plan sama-sama, kongsi masalah, ajak teman shopping atau beli barang, belajar sama-sama dan banyak lagi. Tapi bukanlah adik beradik kalau  tak ada si pengacau dalam keluarga. Setiap adik beradik mungkin akan ada perangai aneh-aneh yang bakal buatkan kita ragu, eh dia ni betul ke adik beradik kita? LOL! Di bawah LUNARIA akan kongsikan beberapa perangai luar biasa yang selalu ada antara adik beradik normal..

CUIT TIBA-TIBA

Kita tengah rileks layan drama dekat TV, tiba-tiba abang datang dari belakang cuit kita.. Tarik rambut, tepuk bahu dan macam-macam lagi. Ya! Ini normal. Dalam adik beradik, akan ada adik atau abang kakak yang suka kacau kita secara sengaja.. Mungkin mereka seronok tengok kita geram bila usik kita. Bila kita mengadu dekat mak ayah, adik atau abang kakak akan terus cakap ‘Mana ada….’ Korang ada adik beradik perangai macam ini tak? Atau korang yang berperangai special macam ini?

MAKAN MAKANAN ADIK BERADIK LAIN

via GIPHY

Kakak, tadi kau makan kek coklat adik yang dalam peti ais tadi eh??? Ishh..

Ya, ini juga normal! Kita elok simpan makanan nak makan kejap lagi, tiba-tiba makanan itu dah hilang! Whatttt.. tanya mak ayah, mereka kata tak tahu.. apa lagi gais? Ini semestinya kerja adik beradik kita.. LOL! Kalau kita gigih tanya, mereka mungkin akan jawab dengan senyuman sahaja.. Apa kita boleh buat? Menung sambil mengenang nasib sahaja.. Jom kita berhuhu sama-sama.

SOROK REMOTE

via GIPHY

Cari punya cari tak jumpa.. Dari tadi TV asyik ada drama Korea je. Mana remote TV? Korang ada adik beradik yang suka sorok remote? Kalau mereka dah mula layan satu drama, jangan simpan harapan untuk dapat chance tengok TV! Kita join sahajalah mereka tengok drama tersebut.. Tapi kalau korang gigih, mungkin boleh cari remote dan sorok balik? Kita bagi mereka pula peluang untuk layan drama kita!

TUTUP LAMPU BILIK AIR

A ghost in the bathroom | joposepefipinapa tramontin | Flickr
Sumber gambar: Flickr

Woi! Siapa tutup lampu.. orang tengah mandi!

Kalau kita dah habis mandi, ok lagi nak main tutup lampu.. Dapat pula kita tengah syampu rambut, tup tup gelap! Pergh.. Sendu ya kisah kita! Dapat pula kita seorang yang takut gelap.. good combo! Siapa ada adik atau abang kakak yang suka buat macam ini? Kadang-kadang alasan dia kita mandi lama sangat.. LOL! Bertabahlah geng.. next time kita cuba mandi standby torchlight, taklah kalut dalam bilik air nanti! Takut tersabun muka guna ubat gigi pula, opss!

‘CURI’ BAJU

via GIPHY

Nak pakai baju, cari cari punya cari.. TAK ADA? Agak-agak siapa punya kerja? Ya, kita dah boleh tanya dalam group chat family, siapa yang ‘terpinjam’ baju kita. Mungkin adik beradik kita tak akan mengaku bila tanya sekali, tapi bila balik rumah kita macam kenal je baju yang dia pakai.. Apa yang kita boleh buat? Kita boleh cuba buat perjanjian dengan adik beradik lain.. Selepas ini, kalau nak pinjam kena bagitahu dan kita pun boleh pinjam baju mereka juga, setuju tak geng?

Dalam senarai di atas, adik beradik korang ada tersenarai dalam mana-mana perangai aneh tak? Atau korang sendiri tersenarai? LOL! Tapi ingat ya, air dicincang tidak akan putus! Kita haruslah sentiasa ada untuk adik beradik dan saling sayang antara satu sama lain. Walaupun perangai adik beradik kadang-kadang luar biasa, tapi bersyukur kita ada ‘kawan gaduh’ di rumah.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Pelakon Korea Sudah Pergi Military Sebelum Popular

5 Aplikasi Khas Untuk K-Pop Lovers