in ,

Peperiksaan PT3 Nak Dekat Dah! Korang Ready Ke?

Sumber gambar: https://twitter.com/cikgukuhan/status/627109288939384833

Tinggal lagi beberapa hari sahaja untuk pelajar tingkatan tiga menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3). Jadi untuk #Lunagirls yang juga calon PT3 dah ready ke belum? Mesti awak semua dah buat banyak persediaan dari awal kan? Dan mesti dari cuti dah prepare dan all out untuk menduduki peperiksaan kan? Okay tak apa, jika ada yang belum bersedia sangat korang boleh cuba cara ini.

STUDY GROUP

via GIPHY

Kalau korang jenis yang tak boleh study berseorangan, belajar dalam kumpulan adalah cara yang efektif. Korang boleh berbincang dan cari penyelesaian sama-sama dalam kumpulan bagi soalan-soalan yang susah. Pastikan juga group korang mempunyai peraturan untuk disiplin dalam study group ya!

MUDAH DAN PADAT

via GIPHY

Siapkan nota yang ringkas dan padat. Selain itu, elakkan juga daripada copy paste ayat dalam buku teks dan senaraikan semua point penting dan fahamkan point tersebut dalam bentuk yang awak boleh ingat. Oh ya! Buatlah nota tu warna-warni sikit, nanti mudah korang nak ingat dan mood belajar pun senang sampai dan mudah untuk korang ingat.

NO SOCIAL UPDATES

via GIPHY

Tolong lah make sure yang diri korang untuk selama beberapa hari nak exam nanti jauh dari sebarang social updates. Bukan tak boleh langsung tapi cuba kurangkan sedikit. Tak dinafikan hiburan dan social updates itu membantu untuk kita hilangkan stress waktu exam tapi kalau berlebihan ia akan mudaratkan fokus awak semua untuk ulangkaji. Bagi yang setiap masa suka update story dan status dia aplikasi akaun media sosial, sila hentikan sebab nanti ia akan buatkan diri korang ambil masa yang lama untuk spend masa dalam penggunaan media.

SEMAK JADUAL

via GIPHY

Semak semula jadual peperiksaan memang sangat penting lebih lagi bila saat-saat akhir macam sekarang ini. Jangan lupa latihan mesti dibuat juga ikut kertas mana yang dijadualkan dahulu. Jadi bila tiba hari exam nanti korang akan lebih bersedia dan sudah siapkan diri secara menyeluruh dan tak ada lah rasa nak terlupa atau terbinggung dengan subjek yang korang ambil.

Jadi selepas ini korang sudah tak perlu terlalu fikirkan sangat sama ada diri korang dah ready ke belum untuk PT3 tapi kena make sure dah belajar dan tinggal buat persiapan yang perlu sahaja untuk menghadapi peperiksaan. Nanti tak ada lah terlalu tergopoh-gapah bila hari peperiksaan tiba. Bagi calon PT3, all the best and goodluck untuk awak semua! Jawab elok-elok ya kawan-kawan!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Antara Sebab Kenapa Orang Suka Palau Kita

Tidur Bilik Sejuk Dapat Tingkatkan Metabolisme?!