in ,

Peperiksaan Penggal Pertama Dah Nak Dekat? Jom Buat Ini Dahulu!

Sumber gambar: www.astroawani.com

Yeay! Mesti ramai yang tak sabar nak hadapi peperiksaan penggal pertama? Sebab kalau peperiksaan penggal pertama dah settle, mesti akan ada cuti sekolah pula kan? Woah! Mesti ramai yang kalau boleh nak cepat-cepat saja habiskan peperiksaan penggal pertama sebab dah plan nak bercuti dan jalan-jalan dengan mak ayah kan? Okay jadi, korang yang nak peperiksaan penggal pertama itu, jom kita buat persediaan ini dahulu supaya nanti keputusan korang akan lebih baik.

NOTA 

via GIPHY

Apa yang penting, korang buat sahaja nota pendek untuk baca sebelum nak ambil peperiksaan sebab nota untuk peperiksaan penggal pertama biasanya tak melibatkan banyak topik pun kan? Jadi, cukup buat topik yang korang dah belajar setakat yang cikgu ajar pun sudah memadai.

BELAJAR 

via GIPHY

Pastikan juga korang sentiasa belajar sekurangnya 30 minit satu hari dan selepas belajar korang berehat dan tidur okay! Jangan lupa juga korang perlu pastikan bila nak belajar itu, makan makanan yang berkhasiat supaya otak korang lebih mudah dan bersemangat untuk belajar dan fahami subjek yang dipelajari.

TIDUR

via GIPHY

Pastikan korang cukup tidur. Ini masalah kenapa korang kurang fokus sewaktu ambil peperiksaan adalah sebab tak cukup tidur. Dah lah korang belajar, lepas itu ada kokurikulum, sukan, dan lain-lain. Belajar di sekolah pun lama, jadi sebaiknya korang selepas belajar semua itu, tidur nap dan masuk tidur awal. Jangan terlalu isi masa dengan media sosial okay! 

STUDY GROUP

via GIPHY

Selain dari itu, pastikan korang ada belajar dan ulangkaji pelajaran bersama kawan-kawan dalam kumpulan. Sebab biasanya peperiksaan penggal pertama ini kita lebih mudah dapat faham pelajaran kalau belajar dengan kawan.

Jadi, korang jangan terlalu nak seronok sangat okay! Pastikan pelajaran itu nombor satu dahulu dan barulah korang fikir cuti ini nak pergi mana semua dulu ya. Sekurangnya, nanti kalau habis cuti dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan penggal pertama itu, sedap sikit hati kita kan? Seronok dua benda kan? Satu seronok jalan-jalan dan dapat keputusan baik.

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tak Kisah Apa Orang Cakap, Bibi Kekal Positive

Siapa Yang Sepatutnya Pakai Mask Muka? #Covid19