in ,

Penyebab Badan Selalu Letih Semasa Puasa

Sumber gambar: tumbral.com

Ish! Kenapa eh, bulan puasa kali ini, lain macam betul badan saya letih! Padahal tidak buat apa pun… pelik betul!

Mesti ada yang rasa macam ini kan? Kadang-kadang itu, rasa bersalah dengan diri sendiri sebab rasa diri itu macam pemalas sangat! Tak apa, biasalah itu. Lebih lagi masih musim kuarantin lagi dan dah lama pula duduk rumah sampai bosan tak tahu nak buat apa. Agak wajar untuk korang rasa begitu. Akan tetapi jom kita selidik antara beberapa penyebab kenapa badan korang boleh jadi letih bila puasa.

TIDUR BERLEBIHAN

via GIPHY

Untuk pengetahuan korang, bukan setakat kurang tidur sahaja badan boleh letih tau! Korang terlebih tidur pun boleh menyebabkan badan korang jadi lebih dahsyat letihnya sebab korang sudah terbiasa dengan keadaan yang terlalu relax. Jadi selepas ini, cuba buat tidur dengan waktu yang cukup supaya korang lebih bertenaga bila bangun nanti. Sebagai contoh, kalau korang tidur pukul 11 malam dan sahur pada pukul 4.30 pagi. Korang boleh sambung tidur selepas solat subuh sampai jam 9 pagi. Jadi, nanti bila korang bangun nanti dan dah mandi mesti badan akan rasa segar. Waktu itu, korang bolehlah cuba belajar ke atau buat apa sahaja aktiviti korang nak buat.

TAK EXERCISE

via GIPHY

Korang jarang menggerakkan badan pun boleh jadi penyebab kenapa korang keletihan. Ini sebab semua stamina korang sudah hilang dan badan pun sudah jadi lembik dan lemau. Biasanya, kalau di sekolah kita akan bergerak kesana kesini dan sentiasa aktif. Jadi stamina korang itu memang akan sentiasa ada. Bila dah tengah kuarantin ini, terbatas untuk keluar itu pun memang jadi satu hal tapi korang boleh saja buat exercise yang ringan. Asalkan badan korang aktif sekurangnya satu jam sehari pun sudah memadai. Ala, korang sapu rumah dan mop rumah pun jadilah juga tu! Hehe! 

KURANG MINUM AIR

via GIPHY

Bila kita nak bersahur dan berbuka, memang agak sukar untuk kita rajinkan diri minum air. Betul tak? Ini sebab kita lebih suka minum air yang manis sahaja. Kalau korang nak tahu, kalau korang banyak sangat minum air manis, itu akan buatkan badan korang jadi lebih letih tau. Jadi, selepas ini cuba banyakkan minum air masak ya! 

TERLEBIH MAKAN

via GIPHY

Pastikan korang tidak terlebih makan pada waktu sahur juga berbuka. Nanti bila perut terlalu penuh, memang akan buat kan badan kita tidak selesa dan bukan setakat itu sahaja. Kalau korang tiba-tiba sakit perut dan terpaksa ‘membuang’ terus selepas makan, lagi teruk tau badan korang letih. Jadi, makan berpada-pada okay!

TAK MINUM AIR MANIS

via GIPHY

Ini khas untuk korang yang jarang minum air manis. Memang bagus kalau korang sentiasa jaga kadar pengambilan gula dalam badan korang. Tapi kalau korang tak minum langsung minuman yang manis, utamanya waktu sahur. Memang korang akan cepat lapar tau! Cukup dengan minum air teh ke, coklat panas ke, atau susu pun sudah memadai untuk beri tenaga pada korang waktu siang nanti.

Jadi, selepas ini korang dah tahu lah kan apa nak buat supaya badan tak letih. Orang kata berpada-pada lah dalam buat semua perkara. Ya, memang betul dan dalam ayat paling mudah. Bila perlu kita bekerja, bila penat kita rehat. Ini lebih baik untuk diri kita. Jangan pula kita bebankan diri sampai beri kesan yang tak best pula kan. Hehe! 

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Senarai Movie Korea Onz Di Netflix Harus Tonton!

Top 5 ‘Penyanyi’ Baru Nak Up YouTube Dan Instagram