in ,

Penyanyi Ini Pernah Buat Gimik Untuk Single Baharu

Sumber gambar: Instagram Nabila Razali/ Daiyan Trisha

Elehh, mesti gimik je sebab ada lagu baru. Boleh percaya ke? Nanti end up tiba-tiba keluar lagu baru pula lepas ni.i

Korang suka tak kalau ada penyanyi yang buat gimik demi untuk mendapatkan populariti lagu baharu mereka? Tak kisah macam mana pun cara gimik yang mereka gunakan, korang okay ke kalau mereka jadikan gimik sebagai titik tolak untuk mereka mempromosikan lagu baharu mereka… Bergantung pada gimik apa yang mereka buat tapi kalau sampai melibatkan orang lain memang off sangat. Disebabkan itu, LUNARIA akan bagi list beberapa penyanyi yang pernah buat gimik untuk promosi lagu masing-masing.

NABILA RAZALI

Setuju tak kalau kita katakan Nabila Razali sebagai ‘Queen of Gimmick‘? Bukan in term of negative, cuma kalau kita sebut tentang gimik lagu ramai akan teringat kepada Nabila Razali. Tengok sahaja gimmick yang dia lakukan untuk lagu Pematah Hati… Satu Malaysia kena ‘game’ dengan drama mereka apabila ramai ingatkan yang Nabila dah putus cinta dengan Aedy Ashraf. Semuanya terjadi apabila Nabila sendiri memuat naik satu video mengatakan ‘lelaki ni semua sama je’, sebagai tanda dia sedang patah hati. Waktu itu ramai juga yang terkejut dan menyangka bahawa mereka memang putus cinta. Namun tak lama kemudian Nabila sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa itu hanya gimik dia bersama syarikat produksi sahaja. Sekarang pun Nabila baru sahaja unfollow semua following di Instagram miliknya, tetapi menurut Nabila dia berbuat begitu kerana ingin memulakan kehidupan baharu dan tiada kena mengena dengan gimik. Korang rasa ada kaitan tak?

DAIYAN TRISHA

Tekaan Daiyan Trisha berkahwin meleset, rupa-rupanya gimik lancar ...

Biasa kalau share gambar pakai baju pengantin mesti orang akan ingat kita nak kahwin, disokong pula dengan caption yang indah-indah. Lagi menguatkan lagi kenyataan tersebut, betul tak? Ketika ditanya, Daiyan juga mengakui bahawa tarikh 19 Ogos 2018 merupakan tarikh pernikahannya, cuma dia tidak bercerita lanjut tentang bakal calon suaminya sahaja. Bila dia dah mengaku tentang perkara itu, ramai peminat pun berasa teruja dan turut meninggalkan ucapan tahniah di ruangan komen Instagram miliknya. Tetapi tak lama selepas itu, Daiyan mengeluarkan kenyataan bahawa tiada majlis pernikahan akan dilakukan kerana gambar tersebut hanya sebagai sample bagi single baharunya berjudul Langit yang mana lagu tersebut menceritakan tentang kisah cinta. Lain macam gimik dia gais!

AYIE FLOOR 88

View this post on Instagram

Kami Floor88 ingin memohon maaf kerana tidak dapat meneruskan persembahan di Konsert Gempak @negerifm . Kami akan update progress penuh tentang kesihatan @ayieelhamf88 . Terima kasih pada yg hadir dan tidak putus mendoakan kesihatan @ayieelhamf88

A post shared by Floor 88 (@floor88band) on

Tengah menyanyi, tiba-tiba jatuh pengsan! Tak pasal-pasal di tuduh buat gimik untuk lagu baharu. Kesian dekat penyanyi kecil molek Ayie daripada kumpulan Floor 88 apabila dia secara tiba-tiba jatuh pengsan ketika sedang menyanyi live. Floor 88 mula dikenali menerusi lagu Zalikha yang mana ketika itu terus mengangkat nama mereka. Jadi rasanya kalau mereka ada lagu baharu pun tak perlu nak buat gimik sebab orang akan dengar setiap lagu mereka. Ketika kejadian, Ayie kelihatan seperti tidak sihat dan itu yang membuatkan dia terus rebah ketika membuat persembahan. Setelah diperiksa, Ayie disahkan mengalami masalah pada pita suaranya. So kejadian itu tak ada kena mengena dengan gimik lagu baru ya, kesian Ayie…

HAQIEM RUSLI

Bersara Atau Tidak? Akhirnya Haqiem Rusli Dedah Keputusan | Iluminasi
Sumber gambar: Instagram Haqiem Rusli

Depression merupakan satu sakit yang tak boleh dibuat main yang mana ia merupakan satu perkara serious buat semua orang. Sebab itu kita jangan suka-suka nak buat main tentang isu ini. Before this Haqiem Rusli ada mengatakan bahawa dia akan berhenti daripada terus berkarya sehingga mengejutkan ramai penggiat seni. Tapi akhirnya Haqiem secara tiba-tiba mengeluarkan single baharunya berjudul Selamat Tinggal Sayang dan menarik balik kata-kata tentang persaraannya. Ramai peminat mula berasa tidak senang dengan gimiknya. Tak lama kemudian keluar pula berita mengatakan Haqiem Rusli mengalami mild-depression dan perkara itu disahkan sendiri oleh doktor yang merawat dirinya. Ketika itu nama Haqiem Rusli sering disebut dan ramai yang mengecam dirinya kerana perkara tersebut.

Tidak kisah kalau nak buat gimik pun asalkan jangan sampai buat orang lain marah atau hilang kepercayaan pada diri penyanyi itu sendiri. Apa pun, Ainaa paling suka gimik Nabila Razali dengan Aedy Ashraf sebab ia nampak real!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

MV How You Like That Dikecam Sebab Tak Hormat Agama Hindu?

SPM 2020 Dianjakkan Pada Bulan Januari 2021