in ,

Penyanyi Baru Yang Bakal Jadi Fav Korang!

Sumber gambar: yeefu.store

Zaman sekarang memang tak dapat dinafikan yang generasi kita ramai yang ada bakat dalam banyak perkara. Bukan setakat dalam hal-hal reka bentuk, pemikiran, teknologi dan lain-lain tapi dalam bidang muzik pun sama. Ramai juga antara kita terlalu asyik untuk fokus pada penyanyi BBNU yang mainstream sampai yang agak kurang dikenali ini pun korang macam tertanya-tanya “ha? siapa tu?”, betul tak? Padahal, karya mereka pun sama hebat dengan penyanyi yang lain. Nak tahu siap mereka? Okay jom tengok siapa dalam list kami!

YONNYBOII

Kalau korang pernah dengar lagu Sakit yang featuring Zaynakal itu, mesti korang pernah nampak dalam muzik video ada lagi seorang kan? Ha, yang itu adalah Yonny Boi yang juga adalah kawan dekat dengan Zaynakal. Pernah dengar tak lagu dia yang lain? Memang best sangat tau dan dia memang sangat humble sebab dia pernah cakap dalam satu interview yang dia tak pandai nyanyi. Eh, padahal semua lagu dia kena saja dengan suara dia. Haha.

ADAM E

Pernah dengar tentang Adam E atau Adam Eiman? Untuk pengetahuan korang, walaupun dia sering didedahkan dengan muzik genre Rock dari kecil tapi dia lebih memilih muzik Rap dan Hip Hop. Dan dia ini anak penyanyi Datuk Hattan tau siap pernah featuring dengan bapa dia sendiri! Cuba dengar suara dia waktu nyanyi! Uish! Bae sangat tau! Hehe! 

GARD WUZGUT

Untuk korang yang suka lagu tenang, chill dan layan perasaan. Mungkin korang boleh cuba dengar lagu-lagu Gard Wuzgud. Antara yang jadi menjadi favourite Zoe adalah lagu Wonderland. Memang syok sangat dengar sebab korang boleh hyped up dengan semua lagu dia tau! 

LUQMAN PODOLSKI

Korang mesti ramai yang kenal Luqman Podolski dengan video-video kelakar dia di Youtube dan Instagram kan? Dia pun memang bukan calang-calang sebab ada bakat menyanyi walaupun semua lagu dia ala-ala parodi tapi semua lagu dia itu ada berkait rapat sangat dengan life kita, betul tak? Lirik dia pun senang untuk korang ingat dan layan. 

Mungkin ada yang korang baru kenal dan ada yang memang dah kenal. Jadi untuk korang yang baru kenal tu, tunggu apa lagi? Cubalah dengar lagu-lagu mereka, memang boleh buatkan korang chill tau. Iya lah, siapa lagi nak support mereka kalau bukan kita sendiri kan? Walaupun citarasa muzik kita semua berbeza, just give it a try sekali sekala pun not bad juga kan? Hehe!

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Apa Yang Lelaki Suka Pada Diri Seorang Perempuan?

Tips Face Mask Untuk Elak Kulit Berminyak