in ,

Penyakit Yang Masih Belum Ada Ubatnya

Sumber gambar: denver.cbslocal.com

Kadang-kadang penyakit ini boleh dikatakan sebagai anugerah sebab dari sakit yang dialami kita itu memang ada banyak sangat hikmah dan pengajaran yang boleh kita dapat dan rasa. Penyakit juga adalah salah satu pelajaran yang boleh kita ambil langkah berjaga-jaga untuk lebih mengambil berat tentang kesihatan dan sentiasa bersyukur dengan keadaan badan sihat yang diberikan oleh tuhan. Lain pula nasib untuk beberapa individu yang kurang bernasib baik, ada di antara mereka tidak pernah minta pun untuk ada penyakit dan sakit. Lebih lagi sakit itu tiada ubatnya, hanya hidup atau mati sahaja yang mereka fikirkan dan ini antara penyakit yang sampai sekarang tiada ubatnya.

KANSER

Sumber gambar: ambrygen

Sehingga saat ini, pakar masih belum menemukan ubat yang paling efektif untuk merawat penyakit kanser. Antara satu-satunya cara paling efektif untuk merawat dan men-diagnosis kanser yang digunakan satu dunia adalah pencegahan dan rawatan seperti kemoterapi. Jadi, korang tak perlu lah percaya segala ubat dan iklan yang dijual di pasaran yang katanya mampu menyembuhkan kanser, sebab sedangkan yang pakar pun masih belum menemukan ubat yang paling efektif, bagaimana mereka boleh jumpa kan?

DIABETES

Sumber gambar: diabetes.org.uk

Diabetes adalah salah satu penyakit yang bukan sahaja dialami oleh orang dewasa, malah yang masih muda seperti kita pun boleh mendapat penyakit ini jika terlalu banyak makanan yang kurang berkhasiat dan bergula. Ubat yang efektif sehingga kini tiada dan kebanyakan yang menderita penyakit diabetes biasanya akan diminta untuk menjaga pemakanan dan mengawal gula dalam darah mereka.

E-BOLA

Sumber gambar: The conversation

Korang mesti pernah dengar tentang penyakit e-bola kan? Biasanya tanda awal penyakit e-bola adalah demam, sakit kepala, sakit otot, menggigil sampailah satu tahap mereka akan alami pendarahan internal atau batuk darah. Memang bahaya, jadi korang perlu sentiasa berjaga-jaga kalau korang demam okay.

HIV/AIDS

Sumber gambar: scmp

Untuk pengetahuan korang penyakit ini tergolong dalam penyakit yang ‘mematikan’ sebab HIV/ AIDS ini menyerang sistem kekebalan tubuh badan manusia dan masih belum ada ubat yang mampu menyembuhkannya. Setakat ini antara caranya digunakan kepada pesakit ini adalah pencegahan dan rawatan terapi. Cara pencegahan dan merawat ia juga adalah cara sama yang digunakan kepada pesakit COVID 19 atau koronavirus.

Untuk kita yang sihat, antara langkah yang perlu kita ambil adalah untuk sentiasa menjaga kesihatan, makan makanan yang sihat, lakukan aktiviti sihat dan sentiasa mendoakan kesihatan orang sekeliling korang. Bagi korang yang mungkin ada salah satu penyakit seperti yang dinyatakan, korang tidak perlu pun berputus asa untuk hidup sebab untuk pengetahuan korang, jika korang sentiasa fikir semangat dan korang yakin yang korang akan sihat dan sembuh dari penyakit korang, percaya atau tidak, sakit korang pasti akan sembuh sebab biasanya penyakit ini boleh hilang melalui mindset yang positif. Walaupun ini kedengaran agak luar biasa, tetapi kalau korang sentiasa fikir korang sihat dan sentiasa positif, pasti korang akan lebih sihat pada masa akan datang.Β 

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Maintain Bulu Lambat Panjang Selepas Shave

Ini Sebab Bateri Phone Cepat Rosak