in ,

Penting Sangat Ke Sex Education?? 🤔 🤨

Sumber gambar: https://nchschant.com/11928/investigative/lets-talk-about-sex-education/

Sex education… Apa agaknya yang korang tahu tentang sex education? This time topic kita open sikit ya. Actually sex education ada banyak cabangnya, tapi for now Ainaa just explain betapa pentingnya perkara ini untuk generasi kita sekarang. At least bila dah tahu, kita bolehlah tambah sikit ilmu pengetahuan.

TAHU APA ITU SEX EDUCATION

Image result for what is sex education
Sumber gambar

Korang janganlah asyik fikir yang sex education itu semata-mata tentang persetubuhan atau berkaitan porno je. Konteks sex education ini sendiri luas sebenarnya. Sex education ialah tentang pendidikan yang meliputi banyak perkara iaitu tentang perbezaan jantina lelaki dan perempuan, aktiviti sosial sehinggalah tenatng penyakit yang berkaitan organ seksual kita. Once kita tahu banyak tentang perkara ini, tak mustahil banyak juga benda yang boleh dicegah sebelum terlambat.

RASA TANGGUNGJAWAB

via GIPHY

Sekarang maybe ada yang rasa still muda dan tak perlu tahu tentang perkara ini. Tapi in future nanti korang sendiri akan terdedah dengan benda ini atau mungkin akan libatkan diri sendiri. Once dah melampaui batas, apa yang patut korang buat untuk selamatakan diri supaya tak terus hanyut dengan gejala negative? Oh no! Pada pendapat Ainaa, bila kita dah di dedah lebih awal, akan ada rasa tanggungjawab dalam diri.

KESIHATAN DIRI

Image result for miss v
Sumber gambar

Macam yang Ainaa cakap tadi, sex education pun termasuk dalam kesihatan diri. Dekat sini korang akan dapat belajar tentang penyakit berkaitan seksual termasuk masalah dekat our private part. At least bila dah tahu tentang itu, korang bolehlah explain dekat kawan-kawan yang mungkin masih tak tahu dan memerlukan sex education!

TAK MUDAH DI TIPU

via GIPHY

Sekarang ada macam-macam jenayah terjadi dekat sekeliling kita. Sometimes kita sendiri tak perasan yang kita pun dah jadi salah seorang mangsa seksual. As a girl, kita mestilah kena jaga diri dengan sebaik mungkin. Sebab itulah korang kena tahu juga tentang perkara ni supaya tak tertipu atau jadi mangsa seksual. Mungkin si pelaku tu boleh jadi your boyfriend sendiri? Jaga-jaga girls.

Ingat girls, gangguan seksual ada 2 ketegori iaitu secara lisan dan perbuatan! Ainaa tahu isu sex education ini agak berat untuk kita fahami, tapi at least just ambil tahu tentang perkara basic pun dah memadai. Take care!

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tak Tahu Ajak Crush Pergi Mana? Cuba Usha Tempat Ini Boys!

Koreografi K-Pop Sesuai Untuk Kurus!