in ,

Penting Sangat Ke Phone Up To Date Ni?

Sumber gambar: https://medium.com/threat-intel/smartphone-security-tips-f0c30c309030

Semua kawan-kawan pakai phone mahal. Setiap dua tahun sekali mesti parents diorang belikan phone baru. Kita ni? Asyik kena pakai phone kakak atau abang je

Aaiipp.. tengah mengeluh sebab phone ke tu? No no no ya girls. Tapi Ainaa sendiri tak nafikan yang kita ni as teenagers mesti nak kan barang baru, bukannya barang second hand. Sama juga macam phone, mesti nak yang up to date je kan. Jom la kita tengok sikit agaknya kenapa la teenagers ni selalu sangat nak pakai handphone baru?

IKUT KAWAN

Sumber gambar: http://piratz.my/tips-membeli-telefon-pintar/

Yes, kadang-kadang bila tengok kawan-kawan pakai phone baru mesti kita sendiri rasa teringin kan. Lagi-lagi kalau phone tu memang keluaran baru which is tak kisah la Android atau iOS sekali pun. Biasanya kawan-kawan mesti akan tunjuk dekat kita and show off kelebihan phone dia. Dekat situ la as a teenagers kita akan rasa tercabar.

PERKEMBANGAN TEKNOLOGI

Sumber gambar: http://wulansmart.student.umm.ac.id/2018/10/31/perkembangan-dan-kemajuan-teknologi/

Zaman parents kita dulu, ada handphone sebesar batu sampai nak bawa kehulu kehilir pun tak larat sebab besar dan berat. Of course that time phone tu hanya boleh digunakan untuk call dan mesej je. Tapi sekarang dengan teknologi modern, macam-macam yang ada dalam phone. Sebab tu kita ni rasa geram je nak try semua feature baru dalam phone. 

BAYAR BAWAH RM500 PUN DAH DAPAT PHONE BARU

via GIPHY

Kalau dulu nak beli phone kena bayar cash, kalau beribu harga phone tu maka beribu la korang kena bayar on the spot dekat kedai. Tapi sekarang since dah banyak syarikat telekomunikasi yang tawarkan pembelian phone dengan harga murah, sebab tu kita pun ligat je nak langgan untuk dapatkan phone baru. At the same time korang kena fikir masak-masak dulu before buat keputusan sebab takut nanti rasa terbeban bila sampai waktu nak bayar bil.

RASA TAK NAK KALAH

via GIPHY

Kata orang waktu remaja ni ialah fasa ‘darah muda’. Which is apa yang dia nak, mesti kena dapatkan. Tapi korang kena fikir, sekarang kan korang ni masih bersekolah, masih bergantung pada parents. Mana tahu sebenarnya parents kita tak cukup duit, tambah pula dengan kehendak korang yang nak kan phone baru. Bila difikirkan balik, perlu ke korang bersaing dengan kawan siapa pakai the latest phone?

Bagi pendapat Ainaa sendiri, memang tak salah kalau kita nak pakai phone baru or up to date setiap masa. Cuma kalau boleh cuba untuk usaha sendiri, contohnya menabung. Kalau dengan cara macam tu, takkan ada sesiapa pun akan marah bila korang asyik tukar phone sebab apa yang korang dapat tu ialah hasil usaha sendiri. Betul tak? So jom start menabung sekarang!

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Nak Kulit Licin Macam Tomato, Makanlah Tomato!

Woww, Sup ‘Telur’ Lembu Baik Untuk Kesihatan?