in ,

Penting Sangat Ke Pemilihan Aliran Untuk Tingkatan 4?

Sumber gambar: https://peraktoday.com.my/2018/07/uec-tidak-adil-kepada-pelajar-aliran-menengah-kebangsaan/

Biasanya dilemma yang selalu dihadapi oleh pelajar tingkatan tiga selepas ambil peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) adalah pemilihan aliran untuk sambung ke tingkatan empat. Ya, #Lunagirls tak perlu risau sebab semua pelajar memang akan hadapi saat-saat yang mana korang akan keliru nak ambil aliran apa. Hmm, sebenarnya penting sangat ke pemilihan aliran ini? Okay meh Zoe kongsi sikit dengan korang.

PENCAPAIAN

Sumber gambar:

Setiap keputusan peperiksaan adalah kayu ukur bagi seseorang pelajar lebih lagi untuk korang yang mempunyai minat ke aliran sains. Apa yang perlu korang fokus lebih adalah subjek Sains dan Matematik. Bukannya Zoe nak kata aliran lain tak perlu ada target, tetapi selagi korang masih menuntut ilmu itu buat saja yang terbaik dan nanti boleh ambil aliran yang korang suka.Β 

UKUR KEMAMPUAN

Sumber gambar:

Paling penting adalah #Lunagirls perlu tahu sejauh mana kemampuan korang. Ini kerana setiap pelajar ada kemampuan masing-masing dan sebab itu penting korang kena kenali diri korang terlebih dahulu. Jika korang minat aliran yang bukan kemampuan korang yang itu perlulah usaha lebih sedikit. Yelah, usaha kan tangga kejayaan.

SELAMI MINAT

Sumber gambar:

Waktu tingkatan empat lah korang perlu asah minat korang untuk teruskan hidup bila dah besar nanti. Sebab itu lah, aliran ni memainkan peranan yang penting juga untuk korang belajar asas dan utamakan pencapaian kepada apa yang korang minat. Iya lah, minat saja tak cukup. Nanti tak pasal-pasal menangis waktu keputusan SPM pula.

PILIHAN KERJAYA

Sumber gambar:

Benda ini juga akan beri kesan kepada pemilihan kerjaya korang pada masa akan datang. Lebih lagi, zaman sekarang banyak sangat teknologi canggih dan kursus ditawarkan di universiti nanti pun banyak yang menarik dengan variasi kerjaya dan pekerjaan yang ditawarkan untuk korang. Ada yang memang setia dengan cita-cita mereka dari kecil dan ada juga yang bertukar-tukar mengikut kursus dan aliran yang dipelajari. Jadi buatlah pilihan mengikut gerak hati korang dengan baik.

Selepas ini, korang tak payah lah pening sangat tentang nak pilih aliran apa sangat. Korang pilih aliran yang korang rasa mampu buat dan capai. Ini kerana nanti nak masuk universiti, kolej dan lain-lain pun korang akan pilih kursus spesifik yang mana waktu itu korang perlu betul-betul buat pilihan yang bijak supaya tak ada lah nak tukar course last minute. Kalau nak tukar course last minute itu bukan tak boleh tapi ia perlukan duit dan masa pun disia-siakan macam itu saja. So make a wise choice and goodluck #Lunagirls!

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Komen
  1. saya minat nak jadi arkitek, tapi subj yg wajib kena ambil tu berat dan sukar bagi saya, buat masa skrg saya duduk kelas agama, mmg sy tak minat aliran ni, saya masih dilema

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ini Cara Nak Tidur Awal Sebelum Exam…

Perangai Pelik Girls Bila Datang Bulan