in , ,

Pengguna Huawei Sebenarnya ‘Spy’? Be Careful Ya…

Sumber gambar: https://www.theverge.com/2019/3/17/18264283/huawei-security-threat-experts-china-spying-5g
Sumber gambar: Instagram Lunaria

Korang tengah ada plan nak beli phone Huawei? Tahu tak isu yang still panas sekarang? Ala, tentang perbalahan antara pihak Apple dengan Huawei tu?

Dengar ceritanya sekarang ni kerajaan United State dah arahkan pihak Google untuk tarik semula lesen Android daripada semua peranti Huawei. Punca utama kenapa benda tu terjadi ialah sebab phone Huawei dah mula masuk dalam pasaran US sampai buatkan pihak Apple rasa tercabar. Huawei kan berasal dari negara China dan permintaan phone Huawei agak tinggi dekat US sampai ia ‘diharamkan’ dekat sana.

Sumber gambar: https://www.youtube.com/watch?v=pAtRzfvmiqo

Selain tu, sejak tahun lepas lagi Ketua Pegawai Kewangan Huawei, Meng Wanzhou kena tahan dekat Kanada waktu dia tengah transit dekat airport Vancouver atas arahan US Justice Department sebab dituduh tolong pihak Huawei melepasi sekatan US dan berurusan secara rahsia dengan Iran.

Bukan tu je, pihak China juga dituduh pasang spy untuk curi information network US. Huawei sekarang ni kan tengah develop 5G coverage yang akan buat speed internet lebih laju, benda tu triggered pihak Apple dan US. Sebanyak dua pertuduhan diterima oleh pihak Huawei which is jadi spy dan buat secret business dengan pihak Iran sebagai satu cara untuk elakkan daripada diketahui oleh pihak US. Complicated gila kan benda ni sampai effect banyak benda.

Sumber gambar: https://alltechasia.com/vivo-and-oppo-overtake-huawei-in-q3-smartphone-sales-in-china/

Isu ni hanya effect pada pihak Huawei, sebab jenama tu sahaja yang ‘berani’ tembusi pasaran sampai ke peringkat International. Even jenama lain macam Vivo atau Oppo tak terkesan dengan isu ni sebab dua phone tu tak masuk ke pasaran US dan permintaan pun tak setinggi Huawei dekat sana.

Kesan daripada service Android dan Google Play yang dah ditarik, bagi impak yang sangat besar pada Huawei sebab cara marketing diorang sangat bergantung dengan dua benda penting tu. Ia berfungsi untuk access security, updates dan sebagainya yang akan buat smartphone jadi lebih berguna dan selesa untuk dipakai. Bila kemudahan tu dah ditarik, korang dah tak boleh nak pakai Google Map, Gmail dan sebagainya.

But no worries pada sesiapa yang tengah pakai phone Huawei, jangan pula korang buang phone tu dan beli yang baru pula. Until now semua kemudahan masih lagi boleh digunakan, cuma kalau boleh, elakkan beli phone baru keluaran Huawei. Dekat China, benda tu semua dah tak dapat digunakan. Maybe phone jenama ZTE pun akan terkesan dengan isu ni sebab ia juga keluaran negara China.

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Guna Cara Ini Nak Jimat Makeup Raya!

Robert Pattinson Hero Baharu Batman?