in ,

Penggemar Roti Boy Boleh Beli DIY Home-Bakers Kit!

Sumber gambar: juiceonline.com

Sejak kebelakangan ini, PKP memang dah buatkan ramai di antara kita yang dah jadi tukang masak, tukang jahit, pandai deko rumah, barista dan paling penting jadi Tiktokers terulung! Woah! Memang bagus! Sebab semua orang daripada tak reti buat apa-apa, terus dah pandai buat banyak benda.

Sumber gambar: Facebook Rotiboy Malaysia

Bukan setakat itu sahaja, sejak PKP ini juga, banyak syarikat makanan dan minuman yang siap tawarkan pelbagai do it yourself (DIY) kit untuk kita yang suka minum boba, makan bingsu, dan paling latest adalah Rotiboy yang roti paling best untuk kita makan bila-bila masa di mana jua.

Sumber gambar: Facebook Rotiboy Malaysia

Untuk pengetahuan korang, Rotiboy diy kit atau home bakers ini akan dijual dalam empat perisa tau! Antaranya perisa original, buttermilkboy, mochaboy dan perisa baru cheeseboy untuk hilangkan rasa kempunan korang yang dah lama tak makan Rotiboy itu. Setiap pek ini akan ada 15 pieces doh roti frozen, cream topping dan dry topping. Harganya pula memang berpatutan sebab dalam RM 33 ke RM 38 sahaja dan korang boleh bakar dalam microwave di rumah sendiri.

Sumber gambar: Facebook Rotiboy Malaysia

Semua ini, korang boleh beli secara online dan boleh pilih sama ada nak deivery atau ambil order korang itu sendiri di cawangan Rotiboy yang dekat dengan rumah korang. Jangan risau, untuk yang tak pandai bakar roti itu sebab mereka akan sediakan guideline sekali tau! Jadi tak ada lah hangus atau keras sangat korang punya roti nanti! Hehe!

 

View this post on Instagram

 

Look at those delicious home baked Rotiboy 🀀 We’re happy to see that Now Everyone Can Bake Rotiboy! Keep sharing your Rotiboy Home Bakers experience with us. If you haven’t got yours yet, order in the link in our bio bit.ly/rotiboyorderonline #rotiboy #rotiboymalaysia #noweveryonecanbakerotiboy #rotiboyhomebakers #stayathome

A post shared by @ rotiboymalaysia on

Jadi, korang nak tunggu apa lagi? Bila pergi kedai kadang-kadang selalu habis stok kan? Kali ini, boleh lah korang makan puas-puas sebab Rotiboy dah siap sediakan Home-Bakers kit ini khas untuk korang semua makan beramai-ramai di rumah dengan family korang yang tersayang.Β 

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

NCT 127 dan Lay EXO Belum Dapat Bayaran Projek Tribute To Micheal Jackson?

Kelebihan Pengguna iPhone Mungkin Ramai Tak Tahu