in ,

Pengaruh Media Sosial Buat Girls Obses Nak Cantik?

Sumber gambar: Instagram @mi.najjiah / Lunaria.com.my

Hmm seronoknya jadi cantik! Ramai orang nak kawan dengan kita kalau cantik. Crush pun mesti senang je nak balas cinta kalau kita cantik. Haihh, nak cantik jugak!

Semua orang dilahirkan cantik-cantik belaka, tak ada seorang pun dilahirkan tak cantik. Kita je yang tak bersyukur dengan diri sendiri sehinggakan selalu bandingkan diri sendiri dengan orang lain. Korang pernah dengar orang kata ‘kalau putih mesti cantik! Semua orang suka’ atau ‘untunglah kulit putih ramai suka’?

Disebabkan masyarakat kita selalu dimomokkan dengan ajaran kalau putih baru cantik buatkan ramai mudah insecure dengan diri sendiri. Sebab itu sekarang ini bukan main ramai girls obses nak cantik dan putih untuk tarik perhatian dan hati orang lain. So today LUNARIA akan rungkaikan beberapa sebab kenapa girls obses sangat nak cantik. Dekat bawah ini kami kumpulakan pendapat daripada girls yang cantik-cantik belaka!

Sumber gambar: Instagram @_ellaziz

Perempuan obses nak cantik ada banyak sebab. Ada sesetengah perempuan obses nak cantik sebab dia nak naikkan confident level dia. Dia rasa lagi presentable kalau dia cantik sebabkan memang semua suka kalau cantik cantik. Maybe jugak dia terpengaruh dgn media sosial. Semua orang lawa-lawa kat IG. So dia rasa why not dia pun nak try melawa juga. Then maybe jugak dia rasa dah tiba masa untuk dia berubah? Mungkin dulu dia tak pernah kisah pun dengan penampilan dia, tapi sekarang dia rasa sepatutnya dia berubah and last sekali maybe dia obses nak cantik untuk seseorang (lelaki 🙄) tapi apa apa pun cantik itu subjektif. Kadang cantik bagi orang simple, bagi orang lain pula kalau nak cantik kena beria. Depends kepada pandangan orang, – Nur Elliyana

Sumber gambar: instagram @farahnabilah

Dah nama pun perempuan, mestilah nak rasa cantik je selalu. Plus, kita ada rasa insecure dalam diri bila pandang perempuan lain. Sebab itulah kalau boleh perempuan nak jadi lagi cantik dan stylish berbanding perempuan lain yang dia pernah tengok. Siapa je tak insecure kalau tengok perempuan cantik lalu depan mata. Mesti kita pun ada rasa nak cantik macam dia juga betul tak? So sebab itulah kenapa perempuan obses sangat nak jadi cantik macam orang lain. At the same time, lelaki pula suka tengok perempuan cantik! Cuba kalau kita ada boyfriend, tapi boyfriend still pandang perempuan lain? Terus kita bertambah insecure dekat situ. That time lagi buatkan kita rasa nak bertambah cantik! Tapi sebenarnya kalau lelaki terima kita seadanya, dia takkan pandang perempuan lain. Sebenarnya kita pun cantik je, sebab itu boyfriend kita pilih kita, jkjk! – Farah Nabilah

Sumber gambar: Instagram @mi.najjiah

Cantik? Semua orang nak cantik. Bila cantik kita akan dapat banyak like, comment dekat social media dan handsome boy, sado pun akan pandang kita. Bukan ke itu yang girls mahukan? ATTENTION. Ada juga yang nak cantik demi carrier sebab sekarang semua orang akan pandang rupa dulu, talent atau kemahiran akan dipandang kemudian. Kadang penat jadi perempuan.. Tapi itulah kehidupan, bila cantik ini diletak paling tinggi dalam kehidupan. Kalau tak cantik, kita biasa-biasa je tapi demi cantik janganlah jadi bodoh. Sesungguh cantik itu subjective, tapi kalau tanpa budi pekerti, adab yang elok pun tiada gunanya. Kalau girls nak tahu ada je lelaki tak pandang paras rupa kita, tapi cukuplah diri kita yang buat mereka senang berkawan dan cara kita yang membuat mereka tertarik. Kalau cantik tapi akal fikirkan kurang pun tak guna, jangan tiru yang itu ye girls. Silap-silap bakal mak mertua korang akan reject, dah tak dapat kahwin. Ala waktu itu nak menyesal pun tak guna. Nangislah tepi bucu katil forever. – Ummi Najjiah

Sumber gambar: Instagram @nrl_balqiess

Perempuan ini actually memang lumrah dia obses nak cantik sebab bagi kaum perempuan apa yg dia ada sekarang tak cukup dan mentality mereka rasa nak jadi lebih cantik berbanding orang lain walaupun hakikatnya mereka memang dah semula jadi cantik di mata orang lain. At the same time sebab pengaruh media sosial atau iklan produk kecantikan kosmetik yang mostly promote kelebihan berkulit cantik, flawless dan cantik! Sebab itulah ramai sangat perempuan nak jadi cantik macam mana yang diwar-warkan dalam iklan. Bila dah obses sangat nak cantik, mula ada yang sanggup berhabis duit semata-mata nak jadi cantik depan mata orang lain. Lagi teruk kalau ada yang sanggup ambil supplement atau injection bertujuan untuk tambah kecantikan. Contohnya injection vitamin C, collagen dan banyak lagi. – Che Ku Nurul Balqis

Sebenarnya lepas baca semua jawapan mereka ni, kami dapat simpulkan yang ramai perempuan nak jadi cantik sebab terpengaruh dengan media sosial. Korang pun perasan kan yang sekarang ni memang banyak iklan kecantikan promote kecantikan wajah. Lebih lagi promote yang kulit putih menawan! Urghh padahal tak kisah apa sekali pun warna kulit kita, kita tetap cantik! Ingat, jangan semata-mata nak jadi cantik sampai sanggup korbankan diri sendiri.

What do you think?

8 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Elakkan Bergambar Buat Peace Sign Jarak Dekat

Tips Packing Untuk Travel Naik Flight!