in ,

Pengalaman First Time Tak Jumpa Saudara! Raya Kuarantin Di Rumah!

Sumber gambar: instagram.com/zoe_lunaria

Seperti yang kita tahu, tahun ini merupakan raya yang pertama kali kita tidak dapat berkumpul ramai-ramai dan tidak menziarahi saudara mara rumah ke rumah dan sedikit sebanyak memang beri kesan kepada ramai orang Malaysia yang menyambutnya. Dan apa kata, kita tengok pendapat kawan kita yang pertama kali beraya tidak pulang ke kampung! Hehe! 

Raya Kuarantin tahun ini mempunyai kelainan sedikit dan berbeza daripada tahun sebelum ini sebab kalau tahun lepas seminggu dah nak raya dah balik rumah✈️🛫🛬 kali ini tak dapat balik and 😌raya di perantauan saja. Raya tahun ini at least saya dapat bersama cousins yang berada di sini. Pagi raya tahun ini juga hanya dapat video call bersama parents dan keluarga di hometown dan ini adalah first pengalaman yang tak dapat dilupakan tapi apa pun bukanlah penghalang dan menjadi tembok untuk kita merayakannya😉 Walaupun kali ini raya saya disambut sederhana dan tak dapat balik tapi raya still meriah sambut bersama cousins yang lain🤟🏻🤭😄 Apa pun, saya tetap happy merayakan hari raya Aidilfitri di perantauan.💃🏼 -Redzuan Razali-

Sumber gambar: zoe_lunaria

Hmm, to be honest PKPB kali ini tak affect pun erti raya dalam keluarga kami sebab iya lah.  Sudah jadi kebiasaan atau rutin tahunan raya untuk bergilir-gilir pulang ke kampung selang setahun berkumpul bersama keluarga besar. Tahun ini pula kebetulan memang bukan turn utk kami pulang ke kampung. By the way, kampung den kek nismilan yo! Haa! Untuk beraya di bandar pula tiada masalah bagi kami sekeluarga kerana kunjung mengunjung bukan lah aktiviti keutamaan disini, ramai orang lebih selesa untuk lepak dirumah menonton TV. Bagi anak muda pula masing-masing hanya fikir berkejar untuk chill di mall. Bezanya tahun ini, tiada movie terbaru untuk ditonton, tetapi tak boleh lepak pusat karaoke atau try makanan best dengan bestfriend, ya lah sebab halangan PKPB kan! Overall, bagi saya raya 2020 tahun ini still meriah walau disambut serba sederhana. Kita mesti kena patuh arahan kerajaan untuk ‘menang’ dalam melawan COVID-19! Stay at home guys, stay safe! Happy eid semua! -Ain Baharin-

Sumber gambar: zoe_lunaria

Tahun ini raya agak berbeza sikit sebab bukan saja kita beraya di musim PKPB, namun perayaan tahun ini tak lengkap tanpa ahli keluarga di sisi. Apalah ertinya raya jika kita tidak dapat raikannya bersama ahli keluarga kita lagi-lagi mereka adalah ibu dan abang kita. Kedua-duanya bekerja jauh dan hanya dapat berkumpul jika ada perayaan dan cuti umum sahaja. Bayangkanlah, kita beraya tanpa ibu kita? Sedih kan. Selalunya setiap pagi raya kami sekeluarga akan mengambil gambar bersama untuk disimpan sebagai kenangan namun raya kali ini gambar tetap di ambil tetapi kekurangan 2 orang terpenting dalam keluarga kami. Tetapi apa yang boleh kita lakukan. Kita terpaksa akur dengan arahan yang telah di berikan agar semua orang berada dalam keadaan sihat. Saya berpegang pada satu perkara, setiap dugaan yang berlaku adalah untuk kebaikan masa hadapan. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin dari saya dan keluarga. -Nadhrah Nisa-

Sumber gambar: zoe_lunaria

Pengalaman saya beraya tahun ini, bagi saya kurang meriah berbanding tahun sebelum ini kerana ini merupakan tahun pertama saya beraya di Kuala Lumpur. Akan tetapi, ada juga hikmahnya, sebab kali ini tak perlu menghadap jalan sesak ketika pulang ke kampung halaman. Di akhir kata, Selamat Hari Raya korang semua! -Nadhirah Raudhah-

Sumber gambar: zoe_lunaria

Macam saya pula, raya sama saja seperti tahun sebelum ini. Cuma untuk tahun ini macam kurang seronok sebab bagi saya lebih seronok lagi perasaan beraya di kampung sebab boleh kumpul beramai-ramai. -Anis Zulkifli-

Sumber gambar: zoe_lunaria

Hmm, memang kesian betul kan kawan-kawan kita ini. Ramai yang tidak boleh pulang ke kampung dan ada juga yang beraya jauh tanpa ibu dan abangnya. Tapi tak apa, kita semua boleh sama-sama berdoa supaya wabak ini semakin pulih dan semoga tahun hadapan kita ada peluang sambut raya seperti sedia kala sama seperti tahun sebelum ini. 

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

IU Cepat Cemburu Dan Tak Suka Lelaki Handsome?!