in ,

Pencuci Muka Yang Sesuai Untuk Kulit Remaja!

Sumber gambar: productnation.co

Mesti ada di antara korang yang tertanya, dalam banyak-banyak pencuci muka yang ada di pasaran sekarang. Adakah ia sesuai untuk kulit remaja? Sebenarnya tidak semua yang sesuai dengan kulit remaja sebab kulit korang ini macam sama dengan korang. Ia baru nak berjinak-jinak dengan semua produk dan sebab itu tak semua yang sesuai dengan korang. Kemudian, harga setiap pencuci muka di pasaran pula tidak semua terlalu murah dan ada juga yang mahal. Akan tetapi, untuk korang yang masih belum ada pendapatan sendiri, bolehlah beli yang lebih murah dan berpatutan. Kali ini, kami akan kongsi dengan korang beberapa pencuci muka yang sesuai untuk kulit remaja.

AIKEN TEA TREE OILΒ 

Sumber gambar: shopee

Mungkin korang boleh cuba pencuci muka Aiken tea tree oil sebab seperti yang ramai tahu. Tea tree oil ini memang mampu membantu untuk korang yang ada masalah jerawat. Bukan setakat itu sahaja, malah ia memang sangat sesuai untuk remaja umur belasan tahun gunakan. Ia juga boleh bersihkan kulit korang sehingga ke liang pori tau!Β 

OXY WHITENING OIL CONTROL

Sumber gambar: the thinker bell

Produk Oxy memang jarang mengecewakan penggunaannya. Oxy whitening oil control ini bukan sahaja akan mencerahkan kulit korang. Ia juga memang sesuai untuk korang yang selalu aktif di sekolah, lebih lagi yang bersekolah petang. Selain itu, ia juga memang sesuai untuk korang yang mempunyai kulit muka yang sensitif.

CETAPHIL GENTLE SKIN CLEANSER

Sumber gambar: rane chin

Cetaphil gentle skin cleanser ini memang sesuai untuk semua kategori umur. Bukan setakat itu saja, malah Cetaphil gentle skin cleanser juga memang sangat dibuat khas untuk semua jenis kulit. Bila korang gunakan produk ini, kulit korang akan kurang berminyak dan tidak terlalu kering.

EVERSOFT TOMATO

Sumber gambar: baby ling rkm

Untuk pengetahuan korang produk Eversoft ini memang terkenal dengan menggunakan bahan organik yang mana ia memang selamat digunakan oleh ramai orang. Jadi, jika korang mempunyai kulit yang kusam sebab selalu aktif di sekolah atau kolej, korang boleh cuba Eversoft tomato sebab ia akan buat kulit muka korang semakin fresh and glowing!Β 

NIVEA MEN WHITENING ACNE OIL CONTROL

Sumber gambar: ezbuy

Sudah pasti untuk korang yang lelaki pun ada. Nivea men whitening acne oil control ini adalah pencuci muka yang akan keluarkan tekstur buih tau! Selain keluar kotoran dan minyak daripada muka lelaki yang lebih mudah berminyak. Ia juga akan bantu kulit korang yang lelaki ini untuk kawal penghasilan minyak di muka. Jadi, barulah korang akan sentiasa nampak fresh!

Jadi, mana satu adalah pilihan korang? Ke korang ada gunakan produk yang lain yang sesuai dengan kulit? Jika dah ada, sebaiknya korang teruskan guna dan jika belum, mungkin korang boleh cuba pencuci muka yang kami dah kongsi ini. Akan tetapi, jika ia tak sesuai dengan korang. Sebaiknya berhenti gunakan dan jumpa pada pakar okay!Β 

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Hi Newbies, Ini Jenis Bra Yang Korang Kena Tahu…

Badan Saja Kecil Tapi Ada Vokal Tinggi! Jom Usha Idol Ini!