in ,

Penat Makan Makanan Raya? Jom Kembali ‘Cepat Makanan’

Sumber gambar: Twitter.com

Alamak, sekarang dah masuk Hari Raya ke berapa ya? Tak ingat pula… Hari ke berapa PKPB pun dah tak ingat, semua benda tak terkira, LOL!

Okay, soalan serious. Sekarang ini sudah hari ke berapa kita beraya, Ainaa sendiri kena tengok kalendar semula dan kira, haha! Punya lama kita duduk rumah sehinggakan berapa hari dah menjalani tempoh PKPB dan Hari Raya pun tak ingat. So korang macam mana duduk rumah, kuih raya masih banyak lagi? Makanan raya pun berselera lagi tak?

Mungkin ada antara korang semua dah penat nak makan makanan raya kan? Jangan risau, Ainaa pun dah penat juga asyik makan biskut raya je daripada haritu. Memandangkan kita semua dah banyak makan makanan raya baru-baru ni, why not kita beralih semula ke makanan fast food yang tengah banyak promotion sekarang ni? Jom check it out demi menyelamatkan poket kita semua.

MCDONALDS’

Daripada simpang masuk sehingga ke tempat drive thru, semuanya penuh ya sis. Kalau korang teringin sangat nak makan ayam goreng MCD, sila beratur awal sedikit dan jangan sesekali berada dekat sana pada waktu petang. Bukan apa, takut nanti korang beratur bukan main lama, sekali sampai dekat tempat order, makanan yang korang nak sudah habis. Ainaa pernah ya jadi macam tu sampai merajuk dengan MCD sebab tak dapat makan ayam goreng, tapi tak boleh merajuk lama sebab MCD tengah ada banyak promotion dekat apps, cuba korang tengok. Actually Ainaa sendiri tak faham kenapa sekarang ni ramai sangat orang beratur dekat drive thru tu, mungkin sebab malas nak order dekat dalam sebab kena check suhu kot? Apa pun, cuba korang tengok video yang Ainaa attach ni, bukan main lama beratur dekat drive thru sekali makanan yang nak order dah habis, nasib baik tak merajuk macam Ainaa, hehe!

PIZZA HUT

Kalau cakap tentang pizza ni, makan hari-hari pun tak apa sebab sedap sangat! Ha, ada sesiapa nak buat makan-makan dekat rumah ke? Kalau korang dah malas nak masak, order je Pizza Hut ni sebab bukan je murah tapi menjimatkan korang lagi tu. Biasanya kalau nak jimat, Ainaa akan beli Pizza Hut jenis take away yang berharga RM5, RM10 dan RM20 tu, memang jimat habis dan boleh pilih banyak topping. Apa makanan favorite korang dekat Pizza Hut? Kalau Ainaa of course pizza Hawaii Chicken dengan mushroom soup… Sedap terox!

MARRYBROWN

Siapa tak pernah makan dekat MarryBrown? Agak-agak ada tak yang tak pernah merasa kesedapan burger MarryBrown ni? Kalau korang nak tahu, MarryBrown sekarang ni tengah ada menu baru which is Egg-stra Padu salted egg meal tau. Tapi ada yang cakap bahawa rasa menu ni tak ada la macam salted egg sangat sebab ia lebih kepada rasa buttermilk curry. Woww, macam mana agaknya rasa tu ya? Teringin juga nak rasa ni, sekali sekala tukar selera apa salahnya kan. Jom la esok kita serbu MarryBrown nak?

TEXAS CHICKEN

Kalau bab Texas Chicken, apa makanan favorite korang dekat sana? Bagi Ainaa kentang putar Texas Chicken ialah makanan paling sedap sekali… Eh dengan wrap dia juga, memang sedap ya wrap tu sebab penuh dengan isi ayam. Satu lagi dengan air ice lemon tea dekat situ, fuhh memang sedap! Sebenarnya makanan dekat Texas Chicken ni memang berbaloi tau, bukan setakat harga murah tapi sedap pula tu.Tengok sahaja la dekat twit atas tu, sampai dia cakap Texas Chicken scam sebab burger besar sangat ya, haha!

Lepas ni boleh la order je makanan ni kalau nak buat makan-makan dekat rumah kan. Tak perlu masak banyak-banyak, cukup order ni je since kita pun tak boleh nak bersuka ria sangat musim PKP ni. Nak buat birthday party family pun boleh juga order fast food ni, cuma jangan selalu la ya takut nanti purse korang menangis pula.

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Aplikasi Online Khas Buat Penggemar Lagu

Gambar Edit BTS Oleh ARMY Jadi Realiti