in ,

Penat Je Posing, Gambar Semua Ke Laut!

Sumber gambar: Lunaria.com.my

Outfit dah 100% onz terox! Sekali ‘photographer’ yang ambil gambar tu salah angle, lighting pula tak padu, gambar goyang! BOLEH BUAT HILANG MOOD LA BEB!

Posing bagai nak rak dekat tengah panas, tapi dua tiga gambar je yang cantik. The rest langsung out!  Untuk elakkan kemurungan waktu nak post gambar dekat Instagram, make sure korang ikut tips berguna ni…

CARI LIGHTING

Sumber gambar: https://www.flickr.com/photos/davidtanphotography/6326468401

Lighting ni penting, lagi-lagi kalau dapat ambil gambar bawah matahari memancar. Bak dicium oleh matahari kata orang. Cari port yang ada lighting cantik dan elakkan ambil gambar sampai nampak bayang-bayang atau bad light. Jangan pula ambil gambar dekat bawah pokok manggis, satu apa pun tak nampak nanti, hihi…

UTAMAKAN BACKGROUND

Sumber gambar: https://www.flickr.com/photos/davidtanphotography/6326468401

Untuk dapatkan gambar yang cantik, background pun memainkan peranan ya. Jangan la ambil gambar berlatar belakangkan tong sampah, melainkan caption korang ada kaitan dengan sampah la, hihi.. Pemilihan background ni penting supaya tak ganggu fokus pada camera dan elakkan cahaya silau. Background yang sesuai kena la yang simple tapi tetap eye candy..

PAKAI FLASH KALAU PERLU

Sumber gambar: https://www.technorumors.com/how-to-flash-to-take-perfect-selfies-with-your-front-camera/

Natural lighting macam matahari tu memang cantik, tapi in case that time cahaya matahari kurang, boleh la on function flash dekat phone. Tapi biar berpada, jangan dekat tempat terang pun nak pakai flash. Nanti nampak macam ‘bidadari turun dari langit’ sebab cerah semacam je.

ANGLE YANG SESUAI

Sumber gambar: https://www.designerswap.ca/taking-the-best-ootd/

Setiap orang ada their best body posture bila bergambar. Sebab tu korang kena pilih angle yang sesuai bagi elakkan nampak awkward dalam gambar. Kalau baju korang tu ada ropol-ropol, tunjuk je dalam gambar tu. Posing bagi nampakkan kecantikan baju dan diri korang sendiri. Kaki tu pula bengkokkan sikit supaya nampak lebih kurus dan tinggi. Mana tahu nanti dapat banyak likes ke? Hehe!

Tak susah pun nak dapatkan gambar yang cantik. Asalkan korang kreatif dalam pelbagai cara. Sekarang ni lagi rare gambar tu, lagi ramai orang suka. Cuma berpada-pada la juga ya, jangan sebab nak kejar likes sampai sanggup ambil gambar dengan cara yang tak masuk akal.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ini Cara Elakkan Makeup Barai Waktu Raya

Hati-Hati! Truecaller Jual Data Peribadi Kita!