in ,

Penat Asyik Nak Beli Jeans Baru?

Sumber Gambar: https://backpackerzmag.com/

#Lunagirls, korang tahu tak, bila kita selalu mencuci jeans setiap kali lepas guna boleh mengakibatkan warna jeans tu luntur dan tak menarik lagi untuk dipakai. Aish! Terpaksa la beli baru…  Jangan membazir girls! Apa kata kita selamatkan jeans tu dengan cara cucian yang betul.

JANGAN GUNA SABUN BAJU BIASA

via GIPHY

Sabun baju biasa boleh menyebabkan seluar jeans korang menjadi pudar, tapi
kalau tak pakai nanti tak bersih pula kan? Jadi apa yang korang perlu buat adalah campurkan sedikit cuka dalam cucian, sebab cuka ni boleh mengunci warna jeans tersebut. Takut bau cuka melekat? Jangan risau, bila dah di jemur hilang la bau tu.

GUNA AIR SEJUK

Sumber Gambar: https://sinar.my

Jangan sesekali guna air panas ketika membasuh seluar jeans, ia bukan je boleh menyebabkan seluar korang bertukar warna tapi ia juga boleh membuatkan jeans korang menjadi longgar dan tidak ke bentuk asal. Jadi cuci je guna air sejuk atau air paip biasa tu..

CUCI DALAM KEADAAN TERBALIK

Sumber Gambar: http://beautynesia.id/

Tak kiralah korang cuci guna tangan atau mesin, cara cucian macam ni adalah yang paling tepat untuk mengekalkan warna jeans korang. Jangan risau ia tetap akan bersih walaupun korang basuh terbalik.

KERINGKAN SEELOKNYA

Sumber Gambar: https://m.dewiku.com

Nak jeans korang kekal awet muda? Seeloknya korang jemur jeans tu di bawah cahaya matahari. Jangan guna dryer ke apa, sebab ia akan buatkan seluar korang bertukar warna. Ada certain orang pula akan iron seluar dia sebab nak cepat kering. No no girls, jangan buat macam tu kalau nak seluar jeans korang tahan lama.

Hm! Kalau korang ikut cara Ummi ni, mesti jeans korang tetap onz dan bergaya. Tak la selalu kena beli setiap beberapa bulan sebab jeans luntur, longgar dan macam macam lagi la. Dah jimat, duit untuk beli jeans tu boleh la beli benda lain takpun simpan je dalam tabung.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

#TeamNoTaugeh? Tapi Taugeh Ada Kebaikannya!

Si-Pemalas Wajib Tahu Perkara Ini!