in ,

Penangan Sweet Dreams, Ramai Belajar Sign Language!

Sumber gambar: https://www.instagram.com/p/Bz2y-xbldLH/

Geram betul kalau tengok drama scene sedih macam mati atau putus cinta, mesti nak menangis sekali! Dah cuba tahan air mata tapi akhirnya tumpas jua…aduh air mata ku..

Siapa menangis tengok drama Sweet Dreams minggu ini? Boleh geng dengan Ainaa sekali sebab Ainaa pun menangis sampai teresak-esak tak tahu bila nak stop bila tengok episode semalam dan kelmarin. Aduhh, kenapa oppa Karl mati! Kenapa! Kenapa! Dia dahlah boleh dikatakan sebagai hero kedua dalam drama tersebut.

Bagi Ainaa drama Sweet Dreams arahan Michael Ang adalah satu drama yang bukan saja mengisahkan tentang percintaan tapi ada elemen kekeluargaan dan persahabatan. Daripada musuh, terus Qash (Ben Amir) dengan Karl (Sean Lje) jadi BFF sehingga sanggup gadaikan nyawa untuk perempuan yang mereka cintai iaitu Puteri, lakonan Mira Filzah. Sama juga macam friendship antara Puteri dengan Farah, sedih macam mana pun Puteri, mesti Farah akan ada dekat samping dia untuk bagi support.

Pada asalnya Cempaka, lakonan Yuna Rahim yang agak biadap dengan kakak dia, terus jadi seorang adik yang bertanggungjawab dan baik lepas kematian Karl yang juga dia anggap sebagai pelindung walaupun cinta dia ditolak bulat-bulat oleh Karl. Sekurangnya ada juga sebab untuk watak Cempaka jadi baik, bukan asyik kena marah saja dengan mak mereka, Aunty Lola lakonan Datin Nina Juren.

View this post on Instagram

So dah pilih dah team mana? 🤟🏻 . . #DramaSweetDreams

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on

Satu lagi, bagi Ainaa sendiri drama ini menunjukkan yang dalam kita mengejar cinta manusia, akhirnya kita akan bertemu cinta dengan Sang Pencipta. Tengoklah Karl, mula-mula dia sibuk nak kejar cinta Puteri, sekali dia dapat hidayah untuk mengenali agama Islam.

Tapi Ainaa still tak boleh move on part Karl dengan Puteri spend time on their last date… Bila Karl cakap dekat Puteri yang  date itu ialah perjumpaan mereka yang terakhir.. Terus rasa macam Ainaa sendiri ada dekat tempat Puteri. Tambah lagi dengan scene Karl kena tikam waktu dalam masjid, lagi la sis meleleh menangis then additional scene dekat kubur sekali, haihhh sembab mata sis. Waktu itu Ainaa dah give up penat menangis. Korang pun macam itu juga tak? Baik mengaku ya girls.

Penat menangis pun ini semua drama lakonan saja.. But still Sweet Dreams ini satu drama yang bagus sebab ada banyak elemen yang disampaikan. Even after tengok a few scene and dialog, Ainaa dah hafal beberapa step bahasa isyarat. Lepas ini bolehlah cakap dekat crush guna sign language, hehe!

So girls, ini hanyalah pendapat peribadi Ainaa tentang drama ini since setiap hari trending dekat Twitter dan jadi drama pilihan penonton! Pendapat korang pula macam mana? Agak-agak apa ending drama ini? Mungkin ada sambungan Sweet Dreams 2?

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Wanita Hilang Pendengaran Kekal Gara-Gara…

Body Shaming Di Kalangan Remaja Makin Kerap!