in ,

Penangan Stray Kidz, Ramai Malaysian Tak ‘Haus’ Lagi

Sumber gambar: https://www.thevocket.com/permintaan-hausboom-meningkat-di-korea-selatan-kerana-dipromosikan-artis-k-pop/

Baru-baru ini, kecoh di Twitter tentang satu produk air tempatan iaitu Hausboom yang semakin laris sebab ada artis K-Pop photoshoot dan pose dengan produk tersebut. #Lunagirls tahu tak siapa yang promote free? Stray Kids yang buat semua itu, habis semua peminat dia Stay beria beli air Hausboom banyak-banyak di Shopee. LOL!

Tak sia-sia usaha pemilik Hausboom eksport produknya di Korea Selatan tau! Menurut pemilik Hausboom, Azri Zahier Azmi iaitu di laman instagramnya berkata, “Selalunya, artis K-Pop akan cover label sebab nak protect their interest and tak nak “ter-promote” brand yang tak bayar mereka. Tapi ini laa namanya rezeki”. Woah, untung betul Hausboom ya! Selain itu juga, penangan peminat K-Pop ini juga pun tak kurang hebatnya. Hehe!

 

View this post on Instagram

 

Ingat tak aku pernah tulis pasal “visualization”? Aku tulis, bila aku export Hausboom to Maldives, aku bayangkan Kim Kardashian, Angelina Jolie atau Brad Pitt akan minum Hausboom and caught on camera. Bila aku dah berjaya export to Korea, aku bayangkan yang akan ada artis KPOP minum Hausboom and promote the brand secara tak langsung. Alhamdulillah. Apa yang aku bayangkan menjadi realiti! Semalam our social media team dapat tahu tersebarnya gambar-gambar artis KPOP minum Hausboom untuk photoshoot diorang. Printed dalam magazines lagi. Yang powernya, awek yang notice ni (malaysian) boleh recognize Hausboom walaupun tak nampak sangat label. Warga Twitter yang nak kepastian terus melakukan siasatan dan akhirnya jumpa gambar yang lebih jelas! Hahaha. Selalunya, artis-artis ni akan cover label sebab nak protect their interest and taknak “terpromote” brand yang tak bayar diorang. Tapi ni la namanya rezeki. Maka ramailah warga Malaysia memburu dan membeli Hausboom sebab idola mereka pun dah minum Hausboom! Alhamdulillah. Allahuakhbar. Alam ini hidup in a mysterious way. Tatkala di Malaysia, dalam group yang sepatutnya menyokong produk muslim buatan Malaysia, terus-menerus mengecam dan menghina kami, Allah hantar beberapa orang kafir (non-muslim) “menyokong” kami pula. John Lemon Saranghae~

A post shared by John Lemon (@johnlemmonn) on

Untuk pengetahuan #Lunagirls, permintaan air Hausboom ini bukan setakat dapat permintaan yang tinggi di Malaysia saja tau! Dekat Korea pun sama, siap ada yang tanya dimana mereka boleh dapatkan minuman berkenaan. Selain itu, ada juga Stay yang minta sokongan Hausboom untuk bawa Stray Kids datang Malaysia sebab nak Han Jisung salah seorang ahli Stray Kids itu balik kampung yang katanya di Ampang. Wow! Zoe pun baru tahu yang Stray Kids ini ada yang berasal dari Malaysia.

Apa-apa pun Zoe ucapkan tahniah untuk Hausboom sebab permintaan mereka semakin laris disebabkan pengaruh Stay, walaupun dalam gambar photoshoot itu air tu samar-samar je. Itu membuktikan mata peminat mereka sangat sihat dan tajam ya. Haha!

Sumber gambar:

Tak silap Zoe, minuman yang dipromosi tanpa sengaja ini boleh didapatkan di kedai seperti stesen petrol dan convenient stores tapi nak beli secara online di Shopee sebelum habis! Stay yang nak cuba semua flavour boleh klik SINI cepat! 

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

‘Kembar’ Jimin BTS Versi Mat Salleh Jadi Penyanyi!

Ini Cara Nak Tidur Awal Sebelum Exam…