in ,

Peminat V BTS Bina Sekolah Untuknya, Tahniah!

Sumber gambar: dbkpop.com

Belum lagi bulan kelahiran V BTS, tetapi peminat V BTS dah ada projek untuk bina sebuah sekolah di China. Selain dari itu, mereka juga akan menyumbang duit sebanyak lebih kurang 305,000 Ringgit Malaysia untuk pelajar desa di sana juga. Woah! Murni sungguh ya projek peminat V BTS kali ini! 

Sumber gambar: korea boo

Untuk pengetahuan korang, sekolah tersebut akan digunakan bagi membantu para pelajar di kawasan desa di China supaya mereka mendapat pendidikan yang selayaknya. Projek ini juga adalah kerjasama antara Baidu V Bar dan juga Yayasan Perkembangan Pemuda China yang diberi nama Project Hope dengan tujuan untuk pastikan para pelajar yang tinggal di daerah desa itu dapat bersekolah dan mendapat pendidikan. Sebelum ini, projek ini juga telah membina ribuan sekolah rendah sehingga saat ini dan sekolah di bawah nama V ini juga adalah salah satu daripadanya.

Peminat V BTS juga BTS secara umumnya selalu melakukan banyak projek amal sebelum ini. Jadi untuk projek pembinaan sekolah ini, sekolah itu bakal diberi nama Taehyung Hope Elementary School bersempena dengan nama asal V iaitu Taehyung yang membawa maksud Tai Heng dalam bahasa Cina membawa erti tài damai dan stabil, hēng kemakmuran. Ini juga sekaligus membawa visi supaya para pelajar dapat membesar dengan baik dan bahagia damai sewaktu umur mereka yang masih membesar ini.

Sumber gambar: bias wrecker

Sejumlah lebih kurang 305,000 Ringgit Malaysia telah dikumpul dan disumbangkan oleh fanbase BTS dari China dan Baidu V Bar akan membuka sekolah itu di atas nama semua peminat V BTS seluruh dunia. Mereka juga menjangkakan sekolah itu akan siap dibina akhir tahun ini dan dari masa ke semasa akan update tentang informasi terbaru tentang pembangunan sekolah Taehyung Hope Elementary School.

Selain dari itu, apa yang paling tersentuh juga tentang projek ini bukanlah projek yang pertama dilakukan oleh peminat V BTS di China untuk menjadikan institusi pendidikan kepada yang lebih baik sebab sebelum ini juga sekolah rendah Hubei Anlu juga telah mendapat ruang kelas seni yang diberi nama Vante Art Classroom jadi para pelajar boleh lah berkarya seni dengan lebih baik dan selesa.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Maksud Disebalik Lagu-Lagu TikTok Yang Pernah Viral

Checklist BFF Sejati Yang Korang Perlu Tahu