in ,

Pelakon Korea Yang Buat Orang Persoal Ini ‘Oppa’ Ke ‘Ahjussi’?

Sumber gambar: channel-korea.com

Mesti ramai yang berpendapat bahawa kebanyakan pelakon yang lebih muda akan mendapat banyak perhatian. Akan tetapi, itu tidak banyak berlaku dalam dunia lakonan drama Korea. Sebaliknya, ia adalah dunia di mana lebih ramai pelakon yang lebih tua akan nampak lebih bersinar dengan persona mereka, wajah yang masih lagi segar dan macho, siap pakej ada daya tarikan yang kuat dari mereka muda lagi. Mesti ada yang sangka mereka ini ‘oppa’ atau orang yang sebaya abang kita tapi sebenarnya disebabkan mereka terlihat hampir seusia dengan pelakon muda yang lain, aura tua mereka tak kelihatan. Bahkan, ada yang sebenarnya dah layak digelar ‘ahjussi’ atau pakcik korang dah tau! Hehe! Nak tahu siapa? jeng jeng jeng…

GONG YOO

Sumber gambar: channel korea

Siapa saja yang tak kenal dengan hero watak Goblin atau Train To Busan kita yang satu ini kan? Kalau dulu dia adalah duta Coway gitu…memang muka dia ada sahaja dimana-mana iklan Coway. Kalau korang nak tahu, Gong Yoo ini sebenarnya dah nak masuk umur 41 tahun tau! Hmm, kalau kat Malaysia ini mesti dah anak dah dia ni haha! Tapi kalau tengok Gong Yoo ini masih lagi ada aura pemuda usia 20-an kan? 

LEE DONG WOOK

Sumber gambar: biaswrecker

Ramai juga yang suka mempersoal berapa umur sebenar Lee Dong Wook ini juga. Ini sebab katanya ada beberapa peminat di Korea yang terserempak dengannya cakap, yang muka Lee Dong Wook ini memang nampak awet muda sangat padahal dah 39 tahun tau. Macam semakin berusia semakin muda muka dia. Woah! Dia ini keturunan vampire ke? Hehe!

JO JUNG SUK

Sumber gambar: onehallyu

Sama lah dengan pelakon yang satu ini, iaitu Jo Jung Suk yang tahun ini umur dia dah 40 tahun pun. Masih nampak muda. Ya, mungkin sebab badan dia yang kecil itu tapi dia ini memang sangat baby face dan ada karismanya tersendiri bila belakon. Eh! Tapi dia dah kahwin! So, semua Jangan sedih okay!

HYUN BIN

Sumber gambar: twitter

Hero yang sentiasa mendapat perhatian dalam setiap drama yang dilakonkannya termasuklah drama yang popular baru-baru ini iaitu dalam Crash Landing On You. Hyun Bin ini kalau korang nak tahu, umur dia 38 tahun tau! Dan dia dalam list ahjussi paling maknae. 

Sebenarnya ada ramai lagi tau list pelakon pangkat ‘ahjussi’ dalam dunia hiburan Korea ini dan ini membuktikan mereka ini memang sangat pandai menjaga diri mereka sebab masih lagi sihat walafiat dan sentiasa nampak muda. Macam best saja kan, kalau dapat tanya apa tips kesihatan dan awet muda mereka! Sebab Zoe pun nak tahu juga! Mesti seronok boleh buat orang tertanya-tanya umur kita kan! Hehe!

What do you think?

9 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Checklist Aktiviti Sepanjang Bulan Puasa Kita Boleh Buat

Ulang Alik Dapur Sepanjang PKP, Ini Tempat Kotor Di Dapur