in ,

Pelakon Couple Kanak-Kanak Yang Pernah Digandingkan Bersama

Sumber gambar: MediaHiburan

Wehh, lamanya tak tengok pelakon kanak-kanak ni! Dah besar rupanya mereka ni, dulu tengok kecilΒ  je dekat TV.

Sekarang ni kalau korang perasan memang ada ramai pelakon baru. Ada juga yang dah lama berlakon tapi baru sekarang bakat mereka dapat diketengahkan. Cuma kalau pelakon kanak-kanak ni je yang jarang kita nampak dapat bergandingan bersama sebagai watak utama. Biasa kalau tengok pelakon mesti pelakon dewasa je dapat watak besar sebagai hero atau heroin.

Sebenarnya ada ramai je pelakon kanak-kanak yang pernah digandingkan bersama waktu mereka kecil dulu. Cuma sekarang bila dah besar jarang kita nampak mereka di kaca TV. Nak tahu siapa? Jom check it out

MIA SARA DAN RYKAL ISKANDAR

rykarl hashtag on Twitter
Sumber gambar: Twitter

Daripada mereka berdua ni kecil sampai la ke besar, mereka ni memang maintain comel je. Kalau nak list drama atau telemovie yang mereka pernah digandingkan, sampai esok pun tak habis sebab memang banyak. Antaranya ialah telemovie dan drama Strawberi Karipap yang mana ketika itu masing-masing masih lagi belum masuk sekolah rendah. Sekarang ni pun Mia dan Rykal juga sudah berusia 15 tahun yang mana tahun ni masing-masing bakal menduduki peperiksaan PT3. Apa yang best nya tentang mereka berdua ini ialah persahabatan itu masih lagi berkekalan sehingga kini walaupun masing-masing dah besar dan juga ada life sendiri. Harapnya lepas ni dapat la tengok apa-apa drama mereka berdua digandingkan bersama lagi sekali, rindu sangat!

AEDY ASHRAF DAN ERIN MALIK

6 Pelakon Kanak-kanak Popular Yang Kini Sudah Dewasa - Media Hiburan
Sumber gambar: Media Hiburan

Siapa tak pernah tengok filem Tentang Bulan ni korang memang rugi. Jangan cakap korang tak pernah tengok tau sebab filem ni best sangat sampai boleh ulang banyak kali tanpa rasa jemu. Sekarang ni pun Erin dah mendirikan rumah tangga serta mempunyai dua orang cahaya mata yang comel. Aedy pula masih lagi belum mmendirikan rumah tangga tetapi sudah mempunyai kekasih hati, eh? Kalau yang pernah tengok Tentang Bulan ni mesti korang mengharapkan supaya ada sambungan Tentang Bulan 2.0 which is sambungan ketika semua dah besar kan. Mesti best kalau ada sambungan, lagi-lagi kalau ada plot twist, ha!

SYAFIE NASWIP DAN SHARIFAH ARYANA

FILEMKITA on Twitter: "Syafie Naswip pertama kali berlakon filem ...
Sumber gambar: Twitter

Movie legend daripada dulu sampai sekarang, Mukhsin. Waktu filem ni ditayangkan memang ramai yang suka sangat dengan gandingan Syafie Naswip bersama dengan Sharifah Aryana. Ingatkan waktu kecil je mereka berlakon bersama, dah besar pun ada je beberapa telemovie yang mereka berlakon sama-sama. Ada juga peminat yang memberi pendapat bahawa Syafie dan Sharifah Aryana ni macam sesuai je kalau dijodohkan bersama. Amboi bukan main ya fans siap nak matching kan mereka lagi tu. Bertahun lamanya menjadi sahabat baik, mungkin mereka sudah serasi bersama sejak sedia kala. Kalau ada jodoh, tak ke mana juga kan?

MYSARRA SYAHFIEDZRIEN DAN MIRSAD HASSAN

Cikguzim - Moh Ngeteh: Eh dah besar dan panjang Rafique ni!
Sumber gambar: Cikguzim

Sehari berpuasa terasa sungguh dahaga
Waktu berjalan laju tidak sabar ku menunggu

Setiap kali bulan Ramadan mesti teringat dengan drama favorite ramai ni. Bukan setakat best tapi ada pengajaran lagi tu. Ramai pelakon kanak-kanak dalam drama ni antaranya yang menjadi highlight ialah Mirsad Hassan yang memegang watak Rafique dan juga Mysarra Syahfiedzrien yang merupakan satu-satunya pelakon kanak-kanak perempuan dalam drama tersebut. Macam yang korang tahu, drama ini dah ada sambungan iaitu Diari Ramadan Rafique Reunion dan korang pun boleh tengok wajah terkini mereka bila dah dewasa. Hmm kalau dapat tengok mereka berdua berlakon bersama lagi pun okay juga kan?

Dalam ramai-ramia ‘couple’ ni, Ainaa paling suka tengok Mia Sara dengan Rykal sebab mereka ni comel sangat! Tapi kalau part hero tu, mesti la Aedy Ashraf, hehe! Korang pula suka yang mana?

What do you think?

-26 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bosan Asyik Layan K-Drama Saja? Jom Layan Top 4 Drama Jepun Ini Pula!

Ambil Tahu Siapa Yang Stalk Korang Di Instagram Melalui 4 Apps Ini