in ,

Pawagam Dah Buka, Ini SOP Korang Perlu Tahu

Sumber gambar: Medium

Wehh banyak movie best dekat panggung ni, aku dah tak sabar nak tengok wayang. Boleh ajak crush dating sekali, hehe!

Syukur la satu demi satu kebebasan diberikan kepada kita sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ni. Mula-mula dah boleh rentas negeri, after that kita boleh ke mall macam biasa, makan dekat luar. Sekarang ni pula dengarnya pada 1 Julai ni panggung wayang pun dah akan dibuka sama juga dengan aktiviti berenang yang akan dibenarkan di semua lokasi.

Highlight hari ini ialah pembukaan panggung wayang tu ya guys. Korang mesti excited nak #MovieDate kan? Tak kisah la dengan boyfriend ke, crush ke, geng gosip atau dengaan family sekali pun. Just imagine dah hampir tiga bulan kita tak dapat tengok wayang dan industri perfileman juga terganggu akibat filem mereka tidak dapat ditayangkan semenjak bulan March yang lepas. So, since sekarang ni kita dah dibenarkan untuk tengok wayang, ini ialah beberapa SOP yang perlu kita patuhi…

NO KIDS DAN WARGA TUA

Tahu Tak Bawa Bayi Ke Panggung Wayang Itu Bahaya? Pesanan Untuk Para Ibu Bapa Di Luar Sana
Sumber gambar: SAYS

Maaf kepada korang yang bercita-cita untuk bawa adik teman cover dating tu, ini berita buruk untuk korang sebab kanak-kanak bawah 12 tahun dan warga tua berusia 60 tahun tidak dibenarkan sama sekali untuk memasuki panggung wayang.Β Sebab utama mengapa kanak-kanak dan warga emas tak dibenarkan ialah kerana mereka ialah individu yang mudah dijangkiti penyakit begini. So nak atau taknak mereka memang tidak dibenarkan untuk menonton wayang. Alamatnya kena tunggu movie keluar dekat TV atau di Netflix sahaja la. Mungkin ia akan merugikan movie kartun yang bakal ditayangkan kerana target mereka ialah ibubapa bersama anak-anak. Tapi sekarang kanak-kanak bawah 12 tahun tak boleh masuk wayang, macam mana nak ada penonton untuk movie kartun kan? Korang boleh get ready ajak kakak untuk teman dating ya nanti.

JARAK 1 METER

Panggung Wayang Dibenarkan Beroperasi Semula Bermula 1 Julai 2020
Sumber gambar: Sembangfilem

Berita baik kepada sesiapa yang single sebab korang dah tak perlu tengok pasangan couple duduk rapat-rapat dekat dalam panggung wayang. Selepas ini jarak di dalam panggung wayang ialah 1 meter seperti jarak social distancing yang biasa. Maksudnya dekat sini ialah satu kerusi akan dikosongkan di bahagian tengah. No more manja-manja, pegang tangan or anything sewaktu menonton wayang, hehe! Susah juga macam ni sebab nanti popcorn tak boleh nak share, kena beli seorang satu. Nak pass popcorn jauh pula, terpaksa la beli asing-asing atau bawa satu bekal lain untuk share sama rata.

CHECK SUHUΒ  BADAN

Berapa Suhu Tubuhmu? Yuk, Cek Daftar Suhu Badan Normal Manusia! - About Tangerang
Sumber gambar: Abouttng

Sama macam waktu kita nak masuk ke dalam mana-mana kedai, suhu tetap akan diambil sebelum memasuki premis panggung wayang. Sesiapa yang mempunyai suhu badan melebihi 37. 5 darjah celcius tidak dibenarkan untuk masuk. Tapi rasanya kalau korang tak demam tu jangan risau sebab kita kan dekat dalam mall, mesti suhu badan kita sejuk je. Buatnya kalau tengah nak tengok wayang beramai-ramai dengan kawan-kawan, dapat pula salah seorang tu tak sihat memang kena tinggal je la dekat luar tu. Kawan-kawan lain dah lama excited nak tengok movie, korang pula tak sihat ya.

PANGGUNG DIBERSIHKAN SEBELUM DAN SELEPAS

Covid-19: Local cinema operators take extra cleaning measures | The Star
Sumber gambar: TheStar

Salah satu syarat utama yang perlu dipatuhi oleh mana-mana syarikat panggung wayang ialah mereka harusla membersihkan kawasan tempat duduk setiap kali sebelum dan selepas filem ditayangkan. Bersihkan maksudnya ialah disembur dengan cecair anti kuman dan korang sendiri kena jaga kebersihan. Jangan banyak sangat pegang sofa di dalam panggung tersebut.

Ainaa yakin, 1 Julai ni confirm penuh dekat panggung wayang tu sebab semua excited dah lama tak layan movie. Jangan ada yang movie marathon nanti sudah la ya, maklum la semua movie rasa best sebab sekarang ni dah bosan asyik repeat movie yang sama sahaja ya.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Lagu K-Pop Yang Sebenarnya Ditulis Oleh Selebriti Barat

Keburukan Suka Gigit Ais Ketul