in , ,

Pau Kat Pipi Tu Boleh Makan Tak?

Sumber gambar: https://www.hipwee.com/hubungan/6-alasan-kenapa-cewek-berpipi-tembem-adalah-pasangan-yang-tak-layak-kamu-sia-siakan/
Sumber gambar: Instagram Lunaria

Pipi pau ni cute ke tak? Ke nampak macam pau sebab bulat sangat muka tu? Hehe! Tapi actually orang yang ada pipi pau ni comel tau sebab nampak lebih menarik perhatian. Orang lain berebut-rebut nak ada cheek bone dan jawline sebab nak nampak lagi cantik, tapi korang relax je tak bising sebab pipi pau tu dan jadi daya tarikan. Nak tau kelebihan orang yang pipi pau ni…

NAMPAK LEBIH MUDA

Sumber gambar: https://twitter.com/sarah_suhairi/status/1077214183752515585

Biasanya orang yang pipi pau ni wajah diorang akan nampak lebih muda daripada usia. Sebab apa? Ye la, bila dah pipi pau mesti nampak lebih cute dan awet muda. Kadang-kadang sampai tak boleh nak teka umur someone tu. Kalau tak percaya cuba try teka umur someone yang ada pipi pau. Mesti tekaan korang salah. Siapa pipi pau, angkat tangan sikit!

TAK PAYAH DIET

via GIPHY

Orang lain yang ada jawline or cheek bone, bila berat badan diorang naik mesti part pipi akan nampak berbeza. So diorang akan lebih rasa insecure dengan fizikal diri berbanding korang yang dah semula jadi ada pipi chubby. Sometimes orang pipi chubby ni, badan diorang tak ada la berisi mana. Cuma ‘lemak’ tu akan stuck dekat pipi je so korang tak payah susah-susah nak diet. Biarkan je pipi chubby tu mengembang dengan jayanya!

PANDAI COVER EMOSI

via GIPHY

Tengah sedih atau happy, mesti orang lain tak dapat nak bezakan mimik muka korang. Ye la, pipi chubby korang tu berupaya untuk buatkan muka korang nampak natural and happy selalu. Melainkan korang kerut dahi, confirm terus nampak muka tengah moody. Tapi jangan la selalu berkerut sangat, nanti dah tak cute.

BUAT ORANG GERAM

Sumber gambar: https://www.brilio.net/cinta/8-sikap-cowok-ini-ternyata-bisa-bikin-cewek-baper-coba-deh-1607120.html

Siapa je yang tak geram bila nampak orang yang pipi pau ni? Ainaa sendiri rasa geram bila tengok kawan-kawan yang pipi pau ni. Mesti korang ada BFF yang jenis suka cubit pipi korang kan? Tapi jangan sampai perbuatan diorang tu buatkan korang rasa annoying. Ye la, boleh rungsing juga kalau orang lain asyik nak pegang pipi je.

Ada orang tak suka dengan pipi chubby sebab katanya nanti susah nak dapatkan angle selfie yang cantik. Tapi apa pun, tak kisah la pipi korang chubby ke, ada jawline ke, cheek bone tinggi sampai mata sekali pun, asalkan korang tetap bersyukur dengan fizikal diri. Yang penting ,#loveyourself okay girls

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tak Ada Macbook Tapi Nak Transfer Gambar Dari iPhone?

Cabaran Tak Ada Handphone Selama Sehari, On Tak?