in ,

Pastikan Korang Tidak Tertinggal Barang Ini Sebelum Masuk Dewan Exam!

Sumber gambar: iamk.com.my

Sebelum peperiksaan penting seperti UPSR, PT3 dan SPM, ramai yang sudah siapkan diri secara fizikal dan mental untuk hadap peperiksaan, betul tak? Tapi ada juga yang kelam-kabut sehinggakan banyak benda yang tertinggal pada hari kejadian atau waktu dah nak masuk dewan peperiksaan. Ia mungkin terjadi sebab kita terlalu nervous sehingga tak ingat semua benda lain. Jadi apa kata setiap kali malam sebelum hari peperiksaan, awak senaraikan barang-barang ini supaya korang tidak tertinggal sewaktu nak jawab exam

via GIPHY

SLIP EXAM DAN KAD PENGENALAN

Sumber gambar: .waktusolat.net

Benda nombor satu yang wajib korang bawa adalah slip nak masuk dewan peperiksaan dan kad pengenalan. Ini sebab kalau korang tak bawa dua ini memang korang tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan. Boleh menangis meraunglah kalau tak bawa. Tak pasal nanti dapat tanda Tak Hadir atau TH dalam keputusan. Oops!  

ALAT TULIS

via GIPHY

Make sure pen hitam, pen biru, pensel 2B, pemadam, pembaris, pengasah pensel ada dalam korang punya pencil case. Disebabkan ada sesetengah yang tak boleh bawa pencil case langsung. Korang beli yang besar yang clear pencil case yang boleh nampak semua barang korang dalam itu. Jadi nanti tak adalah pengawas peperiksaan itu ada sebarang syak wasangka dekat korang. Apa yang penting, pastikan bawa barangan alat tulis extra! 

SET GEOMETRI

Sumber gambar: alibaba.com

Walaupun set geometri ini hanya digunakan dalam beberapa subjek tertentu sahaja. Korang just get ready letak dalam beg itu simpan. Nanti tak ada kes terlupa nak bawa, betul tak? Nanti nak lukis apa-apa guna set geometri ini diperlukan tinggal ambil saja. Bila paper yang memerkukan penggunaan set geometri dah habis, baru korang keluarkan daripada pencil box!

KALKULATOR

via GIPHY

Kalkulator amatlah penting terutama sekali dalam subjek Matematik, Perakaun, Ekonomi, Pedagangan dan macam-macam. Sebab itu, tinggalkan sahaja kalkulator dalam beg awak semua waktu exam sebab kadang-kadang kita confused bila tiba subjek nak kira-kira itu walaupun dah prepare tapi sebab nervous sangat semua benda nak terlupa. 

JAM TANGAN

via GIPHY

Kenapa jam penting juga? Sebab dengan adanya jam sekurangnya korang boleh set masa bila korang nak keluar dan berapa lama masa korang ada nak jawab. Ada orang walaupun masa menjawab adalah dua jam setengah mereka nak siapkan selama satu jam atau lebih sikit sebab katanya tertekan duduk lama-lama dalam dewan peperiksaan.

Jadi selepas ini, korang wajib ingat untuk simpan saja segala barang-barang dalam senarai diatas dalam beg yang korang bawa waktu peperiksaan, tak perlu pun nak keluarkan semula. Sebab kalau korang keluarkan barang-barang itu, kemungkinan ia nak tertinggal itu memang tinggi. Jadi, simpan saja ia biar duduk diam dalam beg nanti tak ada masalah untuk masa akan datang. Goodluck untuk semua calon SPM 2019!

via GIPHY

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Main TikTok Pun Boleh Ancam Keselamatan Negara?

Nervous Waktu First Date, Jom Try NO.2?