in ,

Salah Scrub Buat Muka Mengelupas!

Sumber Gambar: https://www.wikihow.com/

Kalau nak kulit sihat bak barbie, kita perlukan extra effort untuk jaga muka! Tapi tak semua product yang kita guna sesuai dengan kulit muka kita.. ada pelbagai steps kita kena ikut juga tau! Kita kena pakai pencuci muka dan scrub untuk dapatkan kulit yang lebih bersih! Haipp, nak scrub pun ada steps yang kena ikut.. Harini LUNARIA nak ajar sikit macam mana nak scrub yang betul!

GUNA AIR PANAS

Sumber Gambar: https://www.bustle.com

Eh! Tapi bukanlah yang tengah mengelegak tu.. orang kata cukup sekadar suma-suma kuku gitu! Bukan terus basuh dekat muka tau, tapi celup tuala ke dalam air panas tu, perah dan tekap dekat muka.. Letak manja-manja dekat muka selama 2 minit! Cara ni akan bantu untuk buka pori-pori wajah, dan senanglah sel kulit mati tu keluar bila korang scrub!

CLEANSER LEMBUT

Sumber Gambar: https://www.suara.com

#Lunagirls boleh guna foam cleanser yang ada texture seperti losyen atau pun cream! Ini akan membuatkan kulit korang lebih moist, sebelum korang scrub. Jangan terus scrub okay, no no.. salah tu girls! Lepas buat step ni, baru scrub muka korang! Tonyohlah biar keluar semua kulit mati tu.. Tapi jangan kuat sangat tau! Haha!

GARAM LAUT

via GIPHY

Eh! Apa kena mengena garam pula ni? Ha, garam ni bukan setakat boleh buat masak tapi juga boleh dijadikan bahan scrub! Lagi-lagi untuk yang ada masalah kulit berminyak.. Sebab butiran kasar garam tu boleh buat kulit mati korang mengelupas! Tapi yang ni kena urut lembut-lembut je jangan tonyoh ya, habislah nanti luka pula kulit muka korang tu. Nak lagi best campur dengan sedikit minyak zaitun, jadi kulit korang akan lebih moist dan lembut! #toingtoing

SCRUB MEKANIKAL

Sumber Gambar: https://www.tripadvisor.co.za/

Ala! Ni mesti biasa korang guna, ia ada ketulan kecil-kecil dekat dalam tu. Tapi scrub ni tak boleh digunakan selalu, cukuplah dua kali seminggu sebab ia boleh menyebabkan kulit korang terhakis #ouch nyilu dengar #tiber haha. Ya! Girls bukan guraun sebab texture ia kan sedikit kasar, time nak sapu pun slow je tau. Ia mengelakkan radangan dekat kulit muka korang tu.

Macam mana #Lunagirls? Senangkan nak dapatkan kulit yang yang lembut dan licin macam barbie! Hehe! Jom cuba tips LUNARIA kongsikan, mesti kulit korang akan lebih glowing and #toingtoing lepas ni! Yayy! Selamat mencuba #Lunagirls!

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Buka Bra Waktu Tidur Kalau Tak Nak Breast Sesak Nafas!

Koleksi Parodi Si Nopal Oleh Artis-Artis Malaysia!