in ,

Pasangan Artis Korea Cinta Berputik Di Lokasi #CinLok

Sumber gambar: www.asiaone.com

Selalu juga kita dengar tentang artis A bercinta dengan artis B. Kalau dah sama-sama dalam industri, mestilah nak dengan orang yang lebih memahami kerja kita juga betul tak? Dan memang logik sangat kalau ada artis yang cinta mereka boleh berputik di lokasi, atau lebih tepat lagi cinta lokasi orang panggil. Kalau kawan kita di seberang kata CinLok. Haha! Unikkan? Okay, jom kita tengok siapa saja artis Korea yang pernah CinLok. 

NAM JOO HYUK & LEE SUNG KYUNG 

Sumber gambar: kpopmap

Bermula sejak drama Weightlifting Fairy Kim Bok Joo, Nam Joo Hyuk dan Lee Sung Kyung mereka mula ada hubungan yang special sejak shooting drama itu tetapi sekejap sangat mereka dating dan hubungan putus tengah jalan dan ada khabar juga yang mengatakan mereka dating semula pun masih diketahui tidak pasti kesahihannya. 

SONG JOONG KI & SONG HYE KYO

Sumber gambar: econotimes

SongSong couple ini memang buatkan satu industri Korea dan peminat K-Drama kecoh waktu mereka umumkan hubungan mereka. Bukan setakat itu sahaja,  waktu mereka umumkan perkahwinan mereka pun memang ramai peminat yang bahagia sangat! Apakan daya, jodoh mereka separuh jalan dan sudah pun bercerai atas sebab peribadi.

AHN JAE HYUN & GOO HYE SUN

Sumber gambar: thedigitalwise

Antara pasangan yang paling comel dan ramai suka sebab walaupun jurang umur yang berbeza, mereka nampak sweet sangat sejak cerita Blood. Sama seperti SongSong couple, mereka pun sudah berkahwin dan bercerai sebab tertentu. 

PARK MIN YOUNG & PARK SEO JOON

Sumber gambar: allkpop

Mesti ramai yang tahu cerita What’s Wrong with Secretary Kim kan? Kisah cinta Park Seo Joon dan Park Min Young ini tak pasti betul atau tidak sebab memang ramai netizen Korea yang cakap mereka ini dating secara rahsia tapi mereka tak nak mengaku. Walau bagaimanapun, mereka nampak memang sangat sweet dalam drama yang dilakonkan.

PARK HYUNG SIK & PARK BO YOUNG

Sumber gambar: soompi

Drama Strong Woman Do Bong-soon adalah detik permulaan cinta antara Park Hyung Sik dan Park Bo Young. Seorang tinggi lampai, seorang kecil molek, memang comel saja kita tengok pasangan sweet couple inikan? Walau bagaimanapun, hubungan mereka telah pun putus di tengah jalan dan kita pun tak tahu apa update tentang mereka sebab Park Hyung Sik sedang menjalankan latihan ketenteraan.

Ha, mesti ada di antara korang yang pernah ship mereka.. Tapi sayangnya hubungan mereka yang dalam list kami ini semuanya sudah terputus di tengah jalan walaupun ada yang dah kahwin. Memang sayang! Padahal sweet saja kita tengok mereka dalam cerita yang mereka berlakon dan di luar? Tapi nak buat macam mana.. Dah jodoh mereka sampai situ sahaja, kita sebagai peminat doakan yang terbaik sahaja okay! 

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Elak Pegang Atau Sentuh Benda Ini Untuk Cegah Jangkitan

Cuti Sekolah Extend Sebab Covid 19, Ini Korang Perlu Buat