in ,

Parut Hilang, Hati Senang!

Sumber Gambar: www.gq.com

Ouch! Mak… tangan kita kena iron! Habis ada parut lepas ni…

Alahai #Lunagirls.. macam mana boleh terkena tangan!  Next time hati-hati tau.. Orang kata banyak parut nanti duit hantaran berkurang.. Ops!  #jkjk Hihi! Jangan risau #Lunagirls.. sekarang dah banyak product untuk hilangkan parut! Tapi kalau nak lebih jimat dan nak hilangkan secara semula jadi korang boleh cuba tips LUNARIA ni!

LEMON 

via GIPHY

Sambil buat air honey lemon dekat dapur tu #Lunagirls, korang boleh juga gunakan lemon sebagai bahan semula jadi menghilangkan parut! Lemon juga dikatakan bahan yang paling berkesan tau, caranya korang potong lemon dua bahagian, dan terus sapu je  dekat parut.. senangkan!

ALOE VERA 

Sumber Gambar: https://skinsensenatural.com

Semua orang mesti tahu kehebatan aloe vera untuk kurangkan kesan parut.. sebab tu dekat pasaran banyak aloe vera lotion! Tapi yang ni kurang rare, nak yang rare? Korang guna yang masih segar.. potong beberapa helai daun aloe vera, buang kulitnya dan terus sapukan di kulit! Best tau rasa sejuk-sejuk je nanti..

BERAS

Sumber Gambar: https://www.caraprofesor.com/

Scrub beras dengan campuran kunyit dan bawang putih! Sebenarnya mixture ni bagus tau untuk menghilangkan parut.. Caranya #Lunagirls kena blend halus semua bahan tadi dan campurkan sedikit air! Biarkan bahan tu kering seketika, dan terus boleh gosok di kawasan yang berparut.. Boleh simpan yang lebih tu, jangan buang! Nanti boleh pakai lagi..

ASAM JAWA 

Sumber Gambar: https://www.alodokter.com

Cara ni yang paling LUNARIA suka! Sebab Ummi pernah buat before this dan memang menjadi! Yass! #Lunagirls hanya perlu goreng biji asam jawa tanpa minyak selama 5 minit, kemudian goreskan biji asam jawa tadi di permukaan yang kasar dan letak sedikit air, kemudian dah boleh gosok dekat parut! Mudah dan berkesan tau, really recommended!

UBAT GIGI GEL

via GIPHY

Selain boleh meredakan lecuran, ramai juga yang tak tahu ubat gigi gel juga boleh menghilangkan parut! Korang hanya perlu gosok je tempat parut tu.. LUNARIA rasa ini adalah tips yang paling mudah, jimat masa dan murah. Gunakanlah lepas mandi pagi dan sebelum tidur malam, tapi kena secara consistent okay? Tapi #Lunagirls jangan lupa untuk cuba dengan kuantiti yang sikit dulu pada kulit korang tau, tak semua kulit sesuai dengan cara ini!

Semua bahan-bahan ni mesti ada dekat rumah kan #Lunagirls? Lagi-lagi ubat gigi, tipulah tak ada.. Cubalah sekarang dan tengok macam mana kesannya okay.. Orang kata biarlah luka di hati, jangan luka di badan! Haha! Selamat mencuba!

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sis, Jangan Kelam Kabut Sangat Please!

Hati-hati! Ini Tanda Korang Obses Dengan Diri Sendiri!