in ,

Parent’s Day Di Korea! J-Hope & Kakaknya Sediakan Hadiah Paling Special!

Sumber gambar: www.industryglobalnews24.com

Bulan Mei memang ada banyak tarikh yang special, sebagai contoh Hari Pekerja jatuh pada 1 Mei, Hari Ibu pada 10 Mei dan Hari Guru pada 16 Mei. Ia bukan sahaja disambut di negara kita, malah satu dunia pun meraikan benda yang sama bagi menghargai jasa mereka yang menyambutnya! Lain pula di Korea, mereka tidak menyambut Hari Ibu dan Hari Bapa seperti kita. Malah mereka menyambut Hari Ibu Bapa atau di sana di sebut 어버이날 “Eobeoinal” atau Parent’s Day pada 8 Mei setiap tahun.

Sumber gambar: amino

Bila tiba sambutan seperti ini, memang ramai yang seronok sebab kita semua mesti akan belikan hadiah untuk ibu dan ayah, ada yang belanja makan, ada yang ajak jalan-jalan, ada juga yang beri duit. Di Korea pula, kebanyakan dari mereka pun akan buat hal yang sama dan biasanya mereka akan lebih suka memberikan ibu dan ayah mereka bunga yang sangat cantik bersama hadiah yang special. Tak terlepas juga dengan idol kesayangan ramai BTS ARMY yang seorang ini. J-Hope BTS dan kakaknya juga menyiapkan hadiah yang paling special untuk ibu dan ayah mereka untuk Parent’s Day.

 

View this post on Instagram

 

💚💙🖤

A post shared by 미지우 (@mejiwoo103) on

Gambar yang dikongsi oleh kakak J-Hope sendiri di akaun media sosialnya Instagram @mejiwoo103 adalah hadiah wang yang telah siap digubah bersama bunga oleh kawan kakaknya sendiri iaitu seorang penggubah bunga juga iaitu @hailey_hyeyoon. Kakak J-Hope siap cakap yang hadiah ini adalah hadiah yang paling special sebab kali ini dia dan J-Hope beri hadiah yang dikumpul bersama dan dibahagi secara adil. Kalau korang tengok hadiah dari J-Hope dan kakaknya Jiwoo ini, memang cantik sangat dan mereka siap beri duit yang digulung. Ada yang cakap duit itu sebenarnya banyak lagi di bawah sebab kedua mereka memang ada kerjaya yang membuahkan hasil lumayan! Untung betul Mr. and Mrs. Jung kan! Hehe! 

 

View this post on Instagram

 

어버이날을 맞이해 아들이랑 준비한 스페셜 기프트 for 엄빠❤️ 혜유니에게 부탁한것은 아주 굿 초이스여쒀… 어쩜…색감이 이리 고운지ㅠㅠㅠㅠ….! 현금은 두장씩 말려있으니 두분이 사이좋게 👫. (공평하게 아들이랑 절반씩 모았긔💸)

A post shared by 미지우 (@mejiwoo103) on

“Hadiah special ini saya sediakan khas dengan Hoseok untuk ibu dan ayah sempena Parent’s Day. Warnanya sangat cantik! Duit yang digulung secara 2 helai 2 helai adalah dengan harapan supaya mereka selalu bahagia bersama!”

Sumber gambar: BTS buff

Untuk pengetahuan korang, kakak J-Hope ini memang sangat popular dalam kalangan BTS ARMY dan juga dikenali oleh ramai selebriti di Korea. Kakaknya Jiwoo juga ada clothing brand line sendiri iaitu MEJIWOO. Dia bukan setakat jual pakaian yang memang comel, aesthetic dan stailo! Tapi dia juga memang suka menggayakan dan jadi model untuk brand MEJIWOO itu sendiri! Dan memang tak dinafikan lagi J-Hope dan kakaknya ada DNA yang sama sebab kalau korang tengok gaya yang diperagakan oleh kakak J-Hope pun sama hebat dengan J-Hope yang memang sangat fashionista! Sampai buatkan ramai yang suka dengan adik beradik Jung ini!

 

View this post on Instagram

 

셋업은 오늘 두시💙

A post shared by 미지우 (@mejiwoo103) on

Jadi kalau korang berminat dengan gaya trendy di Korea, korang boleh lah jadikan kakak J-Hope ini sebagai salah seorang role model dalam gaya korang. Apa yang penting sekarang ini adalah korang nanti bagi apa pada ibu ayah korang untuk Hari Ibu dan Hari Bapa nanti? Tak kisah lah murah atau mahal, yang penting kalau korang ikhlas beri, mesti ibu dan ayah korang akan hargai walau sekecil mana pun hadiah pemberian dari korang okay! 

Sumber gambar: amino apps

What do you think?

15 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Drama Kampung People Masih HOT!

Fakta Tentang Lelaki Yang Mungkin Tak Ramai Perempuan Tahu