in ,

Paper Exam Lambat Lagi, Apa Nak Buat Dekat Rumah?

Sumber gambar: www.facebook.com/koreanmedia

Yeahhh minggu ini tak ada paper! Boleh lepak tak payah study! Weehooo seronoknya nak tengok TV je dekat rumah.

Amboi amboi apa yang seronok sangat tak ada paper girls? Jangan ingat kalau tak ada paper, korang boleh bersenang lenang tak buka buku. Korang kenalah manfaatkan masa terluang itu dengan study or buat aktiviti yang berfaedah, bukannya buang masa. Ainaa ada cadangan aktiviti untuk korang yang tak ada paper this week which is…

STUDY LA APA LAGI

Image result for aesthetic study
www.buzzfeed.com

Ya, study! Jangan bazirkan masa walau sesaat pun korang dekat rumah. Let say Isnin ini ada paper Perniagaan dengan Biology, rasanya dua dua paper tu hardcore juga, takkan korang tak nak study awal sikit? Mana tahu weekend ini buatnya parents nak ajak keluar pergi berjalan, dah tak ada masa nak study pula. Nanti mulalah kelam kabut baru nak study, padahal Isnin paper hardcore. Habiskan satu hari untuk buat nota atau study notes yang cikgu korang dah bagi. Waktu terluang inilah kita kena study dan korang ada whole day boleh ajak kawan study sekali. Nak lagi senang, set satu hari dengan kawan-kawan dan minta cikgu yang ajar subject itu luangkan masa sekejap dengan korang. By that time, korang tanyalah apa yang tak faham, at least senang sikit korang nak study nanti. Betul tak girls?

LUANGKAN MASA DENGAN ALLAH

via GIPHY

Waktu exam inilah kita kena minta keberkatan daripada semua orang termasuk Yang Maha Pencipta. Bukan bermaksud waktu nak exam je sibuk nak buat solat sunat, tapi kira macam bonus point untuk korang sebab ada masa terluang. Kebiasaannya kalau musim exam kita dinasihatkan untuk buat solat taubat dan solat sunat dengan tujuan semoga semua urusan waktu jawab exam dipermudahkan. Cikgu dekat sekolah pun mesti akan adakan majlis solat sunat sebelum mula SPM betul tak? Sama juga yang mana membawa maksud memohon keberkatan daripada Allah S.W.T untuk diberi kefahaman yang baik sepanjang tempoh korang study.. Lagi best kalau satu family korang pun join sekali sama-sama doakan yang terbaik. #DoneDakwah

FIKIR APA NAK BUAT LEPAS HABIS EXAM

via GIPHY

Habis je exam Khamis depan, mesti korang dah ready untuk cuti lama sementara tunggu result sambung belajar betul tak? Why not from now on korang dah mula fikirkan apa nak buat sepanjang tempoh ‘cuti’ itu? Nak kerja part time ke, sambung belajar terus guna result trial SPM ke or anything yang boleh korang buat untuk meluangkan masa yang ada. Biasanya orang mesti nak cari kerja part time, at least poket berisilah sikit takkan nak melepek je dekat rumah setiap hari? Nanti kena bebel je dengan mak sebab kita asyik makan tidur, tengok TV dan ulang sampai bulan 3 tahun depan. Kalau Ainaa dulu lepas habis je SPM, Ainaa kena pergi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). So memang tak sempat nak cari kerja part time sebab dekat sana pun dah tiga bulan, keluar je terus tunggu masa untuk ambil result. Hmm, Ainaa cadangkan korang ambil lesen kereta. Nanti senang nak bergerak sana sini..

ASINGKAN BARANG DAH TAK DIGUNAKAN LAGI

Image result for buku latihan spm
my.carousell.com

Lagi berapa paper je nak habis, mesti korang dah ada banyak buku latihan yang dah tak digunakan. Takkan nak biar bertimbun je dekat dalam bilik sampai berhabuk? Ainaa cadangkan korang kumpul semua buku yang dah tak digunakan atau notes dan letak dalam satu kotak. Bukan untuk dibuang ya, tapi boleh bagi dekat orang lain yang memerlukan. Maybe korang ada adik angkat dekat sekolah yang bakal ambil SPM juga tahun depan? Boleh bagi mereka guna buku dan notes korang itu. At least berguna juga untuk orang lain dan korang pun dapat pahala juga tau sebab memudahkan urusan orang lain. Cuma janganlah bagi buku yang dah koyak rabak atau memang tak boleh digunakan lagi. Untuk buku nota lama yang memang dah lama pula, korang jual dekat uncle yang selalu hon beli barang kitar semula pun okay juga. Dapat duit tepi, hehe!

Fuhhh banyak lagi sebenarnya aktiviti bermanfaat yang korang boleh buat tau. Tapi bagi Ainaa, inilah antara yang paling bermanfaat korang boleh buat sepanjang menanti masa next paper SPM. Jangan pernah penat untuk study sebab semuanya untuk masa depan korang juga ya.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Benda Perlu’Bangun’ Bila Diri Jatuh

Samsung Galaxy Fold 2 Boleh Lipat-Lipat!