in ,

Pantyliner Pun Boleh Buat ‘Bunga’ Sakit!

Sumber Gambar: https://www.orami.co.id

Selalu kita dengar tentang kebaikan pakai pantyliner kalau ada keputihan dan ia juga untuk jaga kebersihan diri.. Ada yang dah terbiasa pakai pantyliner dan akan rasa tak lengkap kalau keluar tak pakai! Tapi #Lunagirls tahu tak ada beberapa kesalahan yang mungkin kita tak sedar kita buat masa pakai pantyliner! Oh no! Nak tahu kesalahannya? Antaranya ialah..

CUCI TANGAN

via GIPHY

Selalunya orang ingat untuk cuci tangan sebelum pakai make up.. Tapi tahu tak #Lunagirls juga perlu basuh tangan sebelum pakai pantyliner tau! Sebab design pantyliner yang kecil dan tipis tu senang serap bakteria dan kuman.. Kalau tangan kita kotor, ia akan memudahkan bakteria dan kuman transfer dan melekat dekat pantyliner tu!

BAU NATURAL

via GIPHY

Kalau boleh #Lunagirls jangan beli pantyliner yang mempunyai bau wangian tau! Sebab ia akan membuat ‘bunga’ kita yang sensitif mudah gatal, kemerahan, atau pun mungkin akan menyebabkan infection.. Alamak! Takutkan? Memang bau wangi untuk elakkan orang sekeliling bau benda yang tak sepatutnya tapi kesian ‘bunga’ kita tu.. Huhu!

GANTI SETIAP 5 JAM SEKALI 

Sumber Gambar: https://www.liputan6.com

Walaupun keputihan kita tidak begitu banyak, tapi kita still perlu tukar pantyliner yang dah digunakan setiap 5 jam okay? Dan kalau tengah dalam waktu subur, korang perlu ganti pantyliner 3 jam sekali.. Dengan caranya ini akan membuatkan ‘bunga’ kita sentiasa segar dan dapat elak daripada jangkitan bakteria!

JANGAN PAKAI MASA TIDUR 

via GIPHY

Tidur adalah masa yang tidak sesuai untuk memakai pantyliner! Sebab time tidur kita perlu bagi ruang kepada ‘bunga’ korang untuk bernafas dengan lega dan bebas! Tapi kalau #Lunagirls tengah period jangan lupa pakai pad tau.. Kalau tak habislah, bangun tidur bermandi ‘darah’.. Ops! Hehe!

Memang nampak simple tapi kalau kita tak start jaga kebersihan ‘bunga’ akan beri kesan yang tak best tau! Lepas ni pastikan ‘bunga’ dalam keadaan yang bersih dan segar supaya kita boleh buat aktiviti harian dengan lancar! Happy weekend girls!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tricks Screen Phone Nampak Macam Baru!

Excuse Me! Macam Tu Ke Cara Minta Tolong?