in ,

Pantang Larang Picit Jerawat!!

Sumber Gambar: https://www.allure.com

Hello #Lunagirls! Korang geram tak bila ada jerwat singgah dekat muka? Biasalah di umur remaja ni hormon kita all over the place! Hehe! Dan seperti biasa juga mesti tangan gatal bila ada jerawat je nak picit kan? We feel you girls! Harini LUNARIA nak kongsikan pantang larang kalau korang nak picit jerawat!

TIADA WHITEHEAD

via GIPHY

Sekiranya tak ada whitehead dekat kawasan jerawat, korang dibenarkan untuk picit! Hihi! Tapi kalau ada, #Lunagirls jangan sesekali gatal tangan nak picit tau.. Sebab whitehead tu boleh menyebabkan radang di muka korang dan akan meninggalkan parut! Opss! Korang nak ada parut jerawat?

JERAWAT HIDUNG

via GIPHY

Kalau #Lunagirls ada jerawat di hidung atau pun di kawasan T-Zone muka, jangan sesekali korang picit ya! Sebab dekat situ ada banyak blood supplied yang akan terganggu! Kalau boleh elakkan untuk picit dan biarkan je jerawat tu tumbuh cecomel kat situ..

PARTY JERAWAT

via GIPHY

Hmm, bila datang bulan jerawat mesti tumbuh macam cendawan lepas hujan kan? Bila situasi ni terjadi dekat #Lunagirls, korang sedia untuk berserah sampai semuanya reda sendiri okay? Semasa period, hormon badan kita tidak menentu.. so kalau korang picit satu, akan tumbuh satu lagi! Alamak, bila nak habis tu?

JANGAN PAKSA

via GIPHY

Biasanya kita akan bagi pressure pada jerawat dengan memicitnya! Selagi jerawat kita picit tu tak keluar, selagi tu kita rasa geram nak picit kan? Kalau boleh #Lunagirls, korang cuba cubit sikit kalau masih tak nak keluar biarkanlah ia hilang sendiri.. cara ini boleh elakkan parut di muka!

JERAWAT BESAR

via GIPHY

Sekiranya jerawat korang dah membesar dan dah ready to pop, kebiasaan time tu lah rasa nak picit sebab gatal ya amat! Tapi jangan picit #Lunagirls! Biarkan ia pecah dan lembut secara natural! Kadang-kadang time kita cuci muka dia akan hilang sendiri.. korang tunggu je okay?

LUNARIA faham situasi jerawat bila berleluasa ni.. lebih lagi kalau kita ada outing with our squad, time tu dia ada! Cehh! Kalau boleh elakkan untuk picit jerawat tu okay.. #Lunagirls boleh beli acne patch ada di jual di kedai farmasi atau drug store untuk tutup dan cover jerawat tu sementara waktu! Selamat mencuba!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Hmm… Misteri Betul Duduk Asrama Ni! Ada Toyol Ke..

Berhenti Bunyikan Jari Tangan Girls! Sebab…